Solskjaer mula pasang impian

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer masih ada sasaran untuk mengejar tiga kejayaan musim ini. Dan pemenang trebel pada 1999 itu semakin yakin skuad dimilikinya ketika ini di Manchester United masih boleh mencipta tempat tersendiri dalam sejarah di Old Trafford. Ketika raja bola sepak England itu merudum sejak kebelakangan ini, mereka bagaimanapun bangkit di bawah kendalian pengendali Norway itu. Dan jika mereka kembali ke prestasi terbaik yang menyaksikan kelab itu tidak tewas dalam 11 perlawanan — bersama sembilan perlawanan tanpa bolos — sebelum perintah berkurung, Piala FA, Liga Europa dan kedudukan empat teratas boleh… Read More

Menteri Russia lawat Turki, bincang isu serantau termasuk Libya

Menteri Luar dan Pertahanan Russia akan mengadakan lawatan ke Turki hari ini, bagi mengadakan mesyuarat berhubung isu serantau, termasuk konflik di Libya.null Mesyuarat oleh Sergei Lavrov dan Sergei Shoigu itu mendapat persetujuan Presiden Vladimir Putin serta rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan. Sumber diplomatik Turki memberitahu, situasi di negara utara Afrika itu akan menjadi tajuk utama perbincangan dalam mesyuarat di Istanbul nanti. Media Turki juga melaporkan, mesyuarat terbabit turut akan menyentuh mengenai konflik di Syria. Kementerian Luar Russia mengesahkan bahawa lawatan Lavrov dan Shoigu itu adalah bagi merundingkan masalah serantau berasaskan… Read More