Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid-19 – Ismail Sabri

Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19. Semua sedia maklum bahawa pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak ini agak sukar apatah lagi pandemik ini terpahat dalam sejarah hidup rakyat Malaysia. “Katanya lagi, dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan pengorbangan besar anggota frontliners, kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita telah berjaya menjadi satu negara contoh… Read More

Agong titah doa kesejahteraan Palestin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Israel. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka menzahirkan rasa sangat prihatin dan sokongan kepada rakyat Palestin yang terus dijajah dan ditindas oleh rejim Israel itu. Dalam kenyataan hari ini, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka juga menyokong usaha Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa yang jelas menentang pelan rejim Israel untuk mengilhakkan sebahagian wilayah Palestin. “Seri… Read More

Solskjaer mula pasang impian

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer masih ada sasaran untuk mengejar tiga kejayaan musim ini. Dan pemenang trebel pada 1999 itu semakin yakin skuad dimilikinya ketika ini di Manchester United masih boleh mencipta tempat tersendiri dalam sejarah di Old Trafford. Ketika raja bola sepak England itu merudum sejak kebelakangan ini, mereka bagaimanapun bangkit di bawah kendalian pengendali Norway itu. Dan jika mereka kembali ke prestasi terbaik yang menyaksikan kelab itu tidak tewas dalam 11 perlawanan — bersama sembilan perlawanan tanpa bolos — sebelum perintah berkurung, Piala FA, Liga Europa dan kedudukan empat teratas boleh… Read More

Menteri Russia lawat Turki, bincang isu serantau termasuk Libya

Menteri Luar dan Pertahanan Russia akan mengadakan lawatan ke Turki hari ini, bagi mengadakan mesyuarat berhubung isu serantau, termasuk konflik di Libya.null Mesyuarat oleh Sergei Lavrov dan Sergei Shoigu itu mendapat persetujuan Presiden Vladimir Putin serta rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan. Sumber diplomatik Turki memberitahu, situasi di negara utara Afrika itu akan menjadi tajuk utama perbincangan dalam mesyuarat di Istanbul nanti. Media Turki juga melaporkan, mesyuarat terbabit turut akan menyentuh mengenai konflik di Syria. Kementerian Luar Russia mengesahkan bahawa lawatan Lavrov dan Shoigu itu adalah bagi merundingkan masalah serantau berasaskan… Read More