Liverpool di ambang juara

LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir untuk meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi tertutup di Anfield, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Jurgen Klopp akan ditabalkan sebagai juara jika Manchester City gagal menewaskan Chelsea, awal pagi esok atau mencatat keputusan seri apabila mereka bertemu City 2 Julai depan. Trent Alexander-Arnold, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane masing-masing meledak satu gol buat The Reds dengan pasukan itu ketika ini berkelebihan 23 mata di tangga teratas liga. “Bayangkan jika… Read More

EPL: Jadual Perlawanan Ke-30

Jangan lupa tengah malam nanti, tapi mesti perlawanan antara Spurs vs ManU paling jadi tumpuan jam 3:00 pagi esok. Kedua-dua team ini tengah gigih nak merebut kedudukan keempat dan kelima liga. Saingan kedudukan kedua sampai kelima memang terbuka. Liverpool sudah pasti akan dinobatkan kejuaraan EPL musim ini. Beza mata yang sangat besar antara pesaing terdekat iaitu Manchester City tak mampu nak kejar.

Kedudukan Semasa EPL

Berikut kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan awal pagi tadi.

Hawk-Eye mohon maaf kepada Sheffield United

Hawk-Eye memohon maaf secara terbuka kepada Sheffield United selepas kemenangan pasukan itu ke atas Ason Villa diragut oleh teknologi garisan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi tadi. United sepatutnya berada di depan pada penghujung babak pertama apabila penjaga gol Villa, Orjan Nyland, memegang bola yang sudah melintasi garisan gol selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya, Keinan Davis. Tiada sebarang isyarat diberikan untuk dinilai oleh pengadil, Michael Oliver, sehingga satu-satunya jaringan yang sepatutnya terhasil dalam perlawanan itu — perlawanan pertama sejak Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas direhatkan berikutan… Read More