Hawk-Eye mohon maaf kepada Sheffield United

Hawk-Eye memohon maaf secara terbuka kepada Sheffield United selepas kemenangan pasukan itu ke atas Ason Villa diragut oleh teknologi garisan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi tadi. United sepatutnya berada di depan pada penghujung babak pertama apabila penjaga gol Villa, Orjan Nyland, memegang bola yang sudah melintasi garisan gol selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya, Keinan Davis. Tiada sebarang isyarat diberikan untuk dinilai oleh pengadil, Michael Oliver, sehingga satu-satunya jaringan yang sepatutnya terhasil dalam perlawanan itu — perlawanan pertama sejak Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas direhatkan berikutan… Read More

Saingan EPL kembali

Selepas berehat lama akibat wabak Covid-19, liga professional bola sepak Inggeris EPL memulakan saingan tengah malam ini. Jangan lupa saksikan pasukan-pasukan pilihan anda beraksi. Sumber Astro Arena

Bayern sahkan gelaran Bundesliga kelapan berturut-turut

Bayern Munich mengesahkan kejuaraan Bundesliga buat kali kelapan berturut-turut selepas menewaskan Werder Bremen 1-0 di Weserstadion awal pagi tadi. Skuad kendalian Hansi Flick itu turun ke padang dengan kelebihan tujuh mata di depan pencabar terdekat, Borussia Dortmund, dan menyedari kemenangan dalam perlawanan itu sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan mereka biarpun masih berbaki dua perlawanan. Penyerang prolifik, Robert Lewandowski, muncul penjaring tunggal perlawanan dalam babak pertama sambil Bremen gagal memanfaatkan layangan kad merah buat Alphonso Davies pada 11 minit terakhir. Kejayaan Bayern mempertahankan gelaran itu jelas berbeza jika dilihat dalam separuh pertama musim… Read More

COVID-19: Tokyo catat 47 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mei

Pentadbiran negeri Tokyo pada Ahad mengesahkan terdapat 47 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 5 Mei. Daripada jumlah itu, 18 orang membabitkan pengunjung pusat hiburan, kata Gabernor Tokyo Yuriko Koike,  lapor Kyodo News. Justeru, beliau menggesa pekerja pusat hiburan berkenaan untuk menjalani saringan COVID-19 bagi  membendung rantaian jangkitan yang bermula dari kelab malam di daerah Shinjuku Kabukicho.  Bandar raya Tokyo pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan peningkatan jumlah kes. Berikutan trend penurunan dalam jumlah kes dilaporkan, Jepun mengisytiharkan darurat ditarik balik sepenuhnya pada 25 Mei, bagaimanapun beberapa kawasan menyaksikan peningkatan kes…. Read More