Pendirian kerajaan selari dengan pandangan Agong

NIBONG TEBAL: Pendirian kerajaan selari dengan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin seiring amalan demokrasi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah mengatakan Parlimen tidak akan bersidang. “Dalam konteks sidang Parlimen, Perdana Menteri sendiri selaku Ketua Majlis mengatakan beberapa hari lalu Parlimen akan bersidang. “Maka, bagi saya pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen pada masa sesuai supaya… Read More

Melaka benarkan 100 jemaah solat Jumaat

Melaka: Kerajaan Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membenarkan 100 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 50 orang di masjid dan surau Jumaat di kariah seluruh negeri, mulai esok. Tujuh masjid kerajaan ialah masjid yang ditadbir secara terus oleh Jaim, manakala masjid dan surau Jumaat (surau yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat) adalah yang ditadbir oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) dipilih anak kariah masing-masing.null Pengarah Jaim, Datuk Che Shukri Che Mat bagaimanapun berkata, jemaah solat fardu dan solat jenazah kekal 12 orang seperti yang ditetapkan sejak sekatan pergerakan penuh… Read More