Gabungan aktivis alam sekitar gesa tarik semula nyahwarta HSKLU

SHAH ALAM: Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (GHSKLU) menggesa kerajaan Selangor menarik semula keputusan menyahwartakan 536.7ha HSKLU dengan serta-merta. Jurucakap gabungan berkenaan, Shaq Koyok berkata, masih belum terlambat untuk menyelamatkan hutan yang masih ada dan beliau percaya tiada individu yang akan menentang keputusan “pusingan berkenaan. Beliau yang juga aktivis alam sekitar Orang Asli berkata, kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan komunitinya dan pemegang taruh lain untuk melindungi HSKLU sebagai kawasan ekosistem penyimpanan karbon yang penting, selain sebagai mitigasi terhadap perubahan iklim. “Budaya kami memerlukan hutan, sumber ubatan kami juga dari sana…. Read More
Rencana | Fokus perkasa kitar semula negara, SWCorp angkat agenda global

Nama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini semakin meniti di bibir dan dekat di hati rakyat di negara ini dengan pendekatan baru yang diketengahkan. Ia terutamanya selepas perbadanan yang mengangkat Dasar Kebersihan Negara yang diperkenalkan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di bawah kelolaan YB Datuk Zuraida Kamaruddin itu menggerakkan kira-kita 600 set sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Negeri Johor awal tahun ini. Baru-baru ini pula, golongan penggiat seni dari beberapa negeri pula mendapat perhatian. Dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, SWCorp menggerakkan Sumbangan Prihatin bagi membantu meringankan… Read More
Alam Sihat, Masyarakat Selamat

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara atau JPSPN adalah jabatan yang menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif. Jabatan ini sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan. Antara tujuan JPSPN ini ditubuhkan adalah untuk memastikan kebersihan persekitaran dan nilai estetik terjaga di samping memainkan peranan sebagai institusi yang bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Fungsi utama jabatan ini adalah mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan… Read More
Budaya Lambang Jati Diri

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau lebih dikenali sebagai PLANMalaysia ditubuhkan dengan tujuan untuk memacu perancangan pembangunan negara melalui perancangan spatial yang komprehensif dan inovatif demi kesejahteraan masyarakat. PLANMalaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah adalah sempurna. Setiap negeri masing-masing mempunyai jabatan perancangan bandar dan desa yang bergerak atas misi yang sama, iaitu bagi memacu perancangan fizikal negeri melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif, sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat. Walaupun telah banyak usaha… Read More