Perihatin Terus Bekerja: Operasi Sanitasi Awam berterusan tanggani wabak

Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah menjalankan sebanyak 10,565 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 22 zon merah, 51 zon kuning dan 63 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD. Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini. Setakat 18 Oktober 2020 (Ahad), 17 operasi sanitasi melibatkan 6 zon merah, 2 zon kuning dan 3 zon… Read More

Gangguan Bekalan Air: PeKT Bukit Antarabangsa pasang paip air bukit

19 Oktober, Bukit Antarabangsa: Penggerak Komuniti Negara Bukit Antarabangsa telah menggerakkan inisiatif gotong royong memasang paip daripada punca air bersih di kaki bukit hari ini. Usaha sementara ini adalah untuk membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar mendapatkan air bersih sementara menanti bekalan air dipulihkan. Tindakan pantas Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Antarabangsa menjadi alternatif buat penduduk-penduduk yang terkesan dengan gangguan air tidak berjadual di sekitar Bukit Antarabangsa.

𝐋𝐮𝐛𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐭𝐨 𝐛𝐞𝐜𝐨𝐦𝐞 𝐧𝐞𝐰 𝐭𝐨𝐮𝐫𝐢𝐬𝐭 𝐚𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐧 ð“𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮

Lubuk Mandi or also known as ‘Tasik Pepsi Blue’ will be made a new tourist attraction in Mukim Rusila here to woo more visitors to Terengganu. State Tourism, Culture and Information Technology Committee chairman Ariffin Deraman said adequate facilities would be provided and existing infrastructure in the area such as hiking trail would be upgraded before opening it to tourists. https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1891326

PENCEMARAN SUMBER AIR MENTAH: Air Selangor henti tugas LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang

19 Oktober, Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2:00 pagi, 19 Oktober 2020. Sehingga jam 6:30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON. Henti tugas keempat-empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor,… Read More