KASA serius tangani isu rasuah berkaitan alam sekitar

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serius dalam menyahut seruan kerajaan untuk menghapuskan rasuah terutama berkaitan aktiviti penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar di negara ini. Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Pelan Antirasuah Organisasi KASA 2021-2025 (OACP) yang dibangunkan akan menjadi panduan penting kepada warga kerja kementerian dalam usaha membasmi rasuah, juga merangkumi aspek tadbir urus, dasar dan kewangannya. “OACP KASA adalah dokumen yang merangkumi pelbagai inisiatif, indikator dan bingkai waktu yang tertentu. Saya optimis pelaksanaan inisiatif ini akan membaiki tahap integriti, tadbir urus dan amalan… Read More

JPSPN YANG TIDAK ADA MASA UNTUK GERAM

Oleh: Ahmad Roi Bersandarkan pada statistik, purata orang Malaysia handal membuat sampah. Data SWCorp menunjukkan rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu. Lebih malang, statistik juga menunjukkan orang Malaysia malas mengasing atau menguruskan sampah bagi tujuan kitar semula sampah yang dihasilkan. Pada 2018, hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman bertingkat melaksanakan pengasingan sisa pepejal premis masing-masing meskipun sudah tiga tahun peraturan itu dikuatkuasakan. Ini bermakna penghuni di 1,125,000 premis bertingkat masih liat menjadikan pengasingan sampah sebagai amalan. Tentu kita geram… Read More

Hargai keringat pekerja pembersihan

CYBERJAYA- Pekerjaan dalam kategori 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) bukannya mudah kerana pekerja akan sentiasa berdepan keadaan yang kotor, busuk dan bahaya, selain berisiko dijangkiti pelbagai penyakit termasuk Covid-19. Ketika rakyat Malaysia dinasihatkan berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pekerja pembersihan terus berkhidmat untuk masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih dan selesa. Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar berkata, pengorbanan wira-wira yang tidak didendang itu perlu diraikan dengan sambutan Hari Pekerja Pembersihan pada 17 Jun setiap tahun. Menurutnya, ungkapan ‘Keringat Teringat-Ingat’ yang dipilih sebagai tema Hari Pekerja Pembersihan 2021… Read More

Wanita, dua anak saudara dipatuk ular tedung tikus

SEKINCHAN – Seorang wanita yang sedang memandikan dua anak saudaranya berdepan detik cemas apabila ketiga-tiga mereka dipatuk ular tedung tikus di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan, di sini pada Jumaat. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 petang. Menurutnya, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik kami tiba ke lokasi kejadian, jiran memaklumkan mangsa berusia 24 tahun dan dua anak saudaranya berusia… Read More