Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Hampir Seluruh Semenanjung Malaysia Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui imej yang dimuatnaik, hampir seluruh Semenanjung Malaysia dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 6 petang ini. Antara kawasan yang terjejas di adalah seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan sebahagian besar kawasan di negeri-negeri lain termasuk di beberapa kawasan di Sabah. Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dan pastikan keadaan tayar anda berada dalam keadaan yang baik susulan jangkaan kenaikkan peratusan kenderaan yang menggunakan lebuh raya utama negara untuk pulang ke kampung selepas kerajaan tidak… Read More
Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini. Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang. Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir. Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.
Kebun Dalam Bandar

Pemandangan hijau dalam bandar yang selalu dipampangkan di Jepun, Taiwan atau Korea Selatan sesuatu yang mendamaikan. Bayangkanlah dalam kepadatan urbanisasi di Taipei atau Seoul atau Tokyo masih wujud ruang mata kehijauan.Pagi tadi YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah datang melawat Kebun Kebun Bangsar. Beliau nak tengok dengan mata sendiri pemandangan hijau hasil usaha masyarakat setempat.Sudah agak mengujakan buat masyarakat di situ apabila seorang menteri menghargai usaha mereka atas keinginan melestarikan kehijauan dalam lokaliti. Mereka telah menyumbangkan inisiatif bagi menjayakan Dasar Komuniti Negara. Semoga usaha masyarakat setempat seperti ini memberi inspirasi ilham dan teladan… Read More
Sakit mata lihat sampah sana sini

Seorang remaja meraikan ulang tahun kelahiran dengan cara berbeza apabila melakukan kerja amal mengutip sampah di tepi jalan sekitar Bangi dan beberapa lokasi lain.Hazmi Nabil Mahmad Faisal, menyambut kelahiran pada 23 Mei lalu sempena usia 18 tahun dan dia memperuntukkan selama 23 hari untuk mengutip sampah di tiga lokasi bermula di Bangi, Kajang dan akan datang di Balakong sehingga 15 Jun.”Saya memang pantang melihat sampah dibuang merata-rata, sakit mata lihat sampah sana sini. Jadi tahun ini, saya sambut hari lahir dengan cara berbeza, menyumbang tenaga memelihara alam semula jadi selain menabur bakti… Read More