PeKT Kuala Selangor hulur sumbangan mangsa ribut

10 Mac, BUKIT MELAWATI: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor hari ini telah menghulurkan sumbangan keperluan dapur dan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Taman Kamasan, Bukit Melawati. Sumbangan keperluan tersebut telah disampaikan oleh team Penyelaras PKN Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo kepada mangsa tiga buah rumah yang rosak akibat ribut. Shooba yang juga PeKT Kuala Selangor turut turun melawat dan melihat kesan kerosakan tiga rumah yang terjejas tersebut. _PPI

Banjir Pahang: Menteri KKMM beri sumbangan perabot dan perkakasan SMK Benta

9 Mac, BENTA: Jelajah Malaysia Prihatin singgah ke Benta hari ini, salah satu pekan utama di Daerah Lipis yang dilanda bencana banjir besar beberapa bulan lepas. Kesan akibat bencana itu telah merosakkan sebahagian besar petempatan dan kemudahan utama di pekan tersebut termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Benta yang ditenggalami air banjir. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’Saifuddin Abdullah telah turun melawat dan melihat sendiri kesan kerosakan yang dialami oleh sekolah ini. Turut serta dalam lawatan adalah Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis, Encik Amin Nollah bin Latif. “Kami para guru terpaksa bersila di… Read More

Bomba: Lima peratus kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat belum padam

SHAH ALAM, 7 MAC: Tinggal lima peratus daripada lapan kompartmen kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar belum dipadamkan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata kawasan terbabit ialah kompartmen 17, manakala kompartmen 7, 12, 13, 14, 15, 16 dan 20 sudah padam sepenuhnya, lapor Harian Metro. “Selain pemadaman secara terus melalui darat dan bantuan pengeboman air dari udara, hujan malam tadi dan pagi ini juga membantu mempercepatkan pemadaman kebakaran di kawasan itu,” kata Norazam Khamis. Beliau menambah pasukannya turut berdepan cabaran memadamkan kebakaran dari udara hari ini disebabkan cuaca… Read More

Communications and Multimedia Ministry to assist Tourism Ministry promote tourism industry, say minister

KUANTAN, March 7 –The Communications and Multimedia Ministry (KKMM) will continue to play its role by assisting the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) in restoring the country’s tourism industry now that inter-district travel is allowed. Communications and Multimedia Minister Datuk Saifuddin Abdullah said the ministry had offered its assistance to help MOTAC to promote places of interest through broadcasts by Radio Televisyen Malaysia (RTM) and the Malaysian National News Agency (BERNAMA). “Apart from RTM and BERNAMA, we also have the Malaysian National Film Development Corporation (Finas) which can help Motac… Read More