Intipati Lawatan Kerja Rasmi Menteri KPKT ke negeri Pahang

1. Kerajaan Negeri Pahang memohon pembinaan rumah PPR di Lancang, ia telah diluluskan dan akan diteruskan dengan pembinaan sebanyak 350 buah rumah. Majlis pecah tanah untuk tujuan itu akan diadakan dalam masa terdekat. 2. Isu tapak pelupusan sampah di Jabor-Jerangau yang kapasitinya telah penuh dan mencapai tahap maksimum. KPKT telah mencadangkan dua tapak baru bagi pembinaan Waste To Energy (WTE) iaitu di Bukit Ketam bagi timur Pahang dan Bentong bagi selatan Pahang. 3. KPKT sedang memperkemas perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dan pihak operator tapak pelupusan sampah tidak mengikut garis panduan Akta… Read More

PKP: Rama-rama spesies idea lynceus bakal lenyap, kajian 16 tahun terpaksa dihenti

MELAKA, 13 Feb — Tahukah anda rama-rama spesies Idea lynceus yang mempunyai kepompong unik berwarna keemasan dan cantik mampu melakukan penerbangan ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur sebanyak 44 kali dalam tempoh hayatnya 14 hari? Bagaimanapun rama-rama bersayap hitam berbintik putih dari keluarga Danaidae yang terkenal dengan ‘penerbangan’ seperti sekeping kertas tisu terapung di udara, hanya terdapat di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di Ayer Keroh di sini, bakal lenyap berikutan kajian mengenainya sejak 16 tahun terpaksa dihentikan. Pengurus taman berkenaan, Qurratu A’in Rohaminordin berkata pihaknya tidak lagi dapat membiakkan rama-rama berkenaan… Read More

Kilang stor bawang terbakar di Taman Medan

10 Februari, TAMAN MEDAN: Sebuah kilang simpanan bawang di kawasan perindustrian ringan PJS 3, Taman Medan terbakar petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 3:30 petang. Asap hitam menjulang naik kesan api marak kerana angin bertiup kuat ketika kebakaran bermula. Kebakaran itu juga telah menyebabkan tiga buah kereta yang diletakkan dalam kawasan parkir apartment bersebelahan kilang turut musnah terbakar disambar api. Empat jentera Bomba dan Penyelamat Malaysia Petaling Jaya membantu memadam dan mengawal kebakaran._PPI

Kajian rintis enam bulan sedang dilaksana, mantapkan sistem pelupusan kereta terbiar

Satu kajian rintis selama enam bulan akan dilaksana bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik bagi Pihak Berkuasa Tempatan, PBT melupuskan kereta usang. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sebagai permulaan kajian rintis itu akan melibatkan lima PBT. Setakat ini ujarnya tiga PBT telah dipilih iaitu Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang manakala selebihnya sedang dikenal pasti. Tambah beliau, kaedah pelupusan kereta usang yang baik diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan PBT.