Plastik Inovasi Baik Yang Disalahguna Manusia.

Teknologi plastik tidak dapat disangkal lagi menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi dunia hari ini. Tapi adakah anda tahu apa ironi paling tidak masuk akal tentang plastik sekali guna? Kita teguk air botol dan sedut kopi ais dengan straw plastik, nikmatnya cuma 3 minit, tetapi kebejatan yang ditinggalkan untuk alam sekitar akan kekal menbarah selama seribu tahun. Agenda memerangi ironi ini tidak mudah kerana plastik kini rakan karib yang sangat intim dengan kehidupan manusia. Plastik memudahkan hidup kita sehari-hari dengan sejuta cara. Ia sudah jadi satu industri agung yang menjana limpahan ekonomi dan… Read More

Komuniti |PKN bantu mangsa banjir Hulu Langat.

Walau bukan pertama kali, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara (PKN) terus membantu meringankan beban mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Hulu Langat, 3 hari lalu. NGO induk itu bersama sayap-sayapnya iaitu Nation Of Women (NOW), Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara sehingga ke hari ini terus menghulurkan bantuan sama ada kudrat tulang empat kerat hingga sumbangan kewangan kepada mereka yang sekali lagi diuji dengan musibah banjir. Jawatankuasa PKN Peringkat Parlimen Hulu Langat telah bertindak segera menyelaraskan bantuan daripada agensi keselamatan untuk memindahkan mangsa-masa yang terkandas akibat masalah kesihatan… Read More

Pelaksanaan operasi sanitasi awam komitmen mendepani wabak Covid-19

Komitmen KPKT dalam mendepani wabak Covid-19 berterusan melalui pelaksanaan operasi sanitasi awam di seluruh negara. Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 11,103 operasi sanitasi. Pada 4 November 2020 sebanyak 29 operasi sanitasi meliput 11 zon merah, 2 zon jingga, dan 9 zon kuning telah dilaksanakan yang melibatkan 7 buah negeri iaitu Sabah, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek Air Bukit: alternatif sumber air penduduk Bukit Antarabangsa

Krisis gangguan bekalan air yang kerap melanda Lembah Kelang sejak dua minggu telah mencetuskan ilham buat komuniti tempatan Bukit Antarabangsa melaksanakan Projek Air Bukit sebagai alternatif sumber air buat penduduk-penduduk kawasan sekitar. Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang bersama AJK Masjid Bukit Antarabangsa, para penduduk dan sekumpulan sukarelawan Kampung Sering telah bergotong-royong menjayakan projek ini. Projek Air Bukit ini akan membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa akan datang. Ia adalah gerak kerja kemasyarakatan yang menjadi usaha penting mengatasi masalah gangguan bekalan air. #dasarkomunitinegara #perihatinterusbekerja #KPKT #penggerakkomunitinegara