PENJANA bantu rakyat miliki rumah

#TintaMinda Pandemik COVID-19 bersama kebiasaan baharu bukan sahaja merubah malah turut membawa komplikasi kepada pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia termasuklah sektor hartanah. Sektor hartanah yang terjejas melibatkan hartanah peruncitan, hotel dan rumah inap. Pertumbuhan jualan hartanah kediaman juga mengalami kemerosotan dengan ia turut menjejaskan rantaian nilaian sektor seperti industri pembinaan. Oleh itu, Pelan Jana Semula Sektor Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 dilihat bakal membantu memulihkan sektor hartanah di Malaysia. PENJANA bertujuan menyokong sektor ekonomi dalam kebiasaan baharu dengan merangkumi tiga teras… Read More

Sanitasi sekolah dalam zon merah diutamakan

SEMUA sekolah menengah khususnya di kawasan zon merah seluruh negara akan diberi keutamaan untuk disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ia dibuka kepada pelajar dan guru. Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat khas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sudah menerima senarai sekolah yang perlu diberi perhatian. “JBPM akan memberi keutamaan kepada sekolah yang berada dalam kawasan zon merah dahulu. “Walaupun semua bangunan kerajaan dan tempat awam di zon merah sudah disanitasi sebelum ini tetapi ia tidak termasuk bangunan… Read More

Prasekolah, TADIKA operasi 1 Julai

Kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika. “SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini. Ismail Sabri berkata, pembukaan… Read More

COVID-19: Tokyo catat 47 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mei

Pentadbiran negeri Tokyo pada Ahad mengesahkan terdapat 47 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 5 Mei. Daripada jumlah itu, 18 orang membabitkan pengunjung pusat hiburan, kata Gabernor Tokyo Yuriko Koike,  lapor Kyodo News. Justeru, beliau menggesa pekerja pusat hiburan berkenaan untuk menjalani saringan COVID-19 bagi  membendung rantaian jangkitan yang bermula dari kelab malam di daerah Shinjuku Kabukicho.  Bandar raya Tokyo pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan peningkatan jumlah kes. Berikutan trend penurunan dalam jumlah kes dilaporkan, Jepun mengisytiharkan darurat ditarik balik sepenuhnya pada 25 Mei, bagaimanapun beberapa kawasan menyaksikan peningkatan kes…. Read More