Menteri KKMM umum Geran RM 10 Juta Sokong Komuniti Seni semasa Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan lebih 3,000 artis dan pekerja budaya akan menerima manfaat daripada sumbangan RM10 juta yang merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan RM150 juta daripada Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif. Inisiatif Pemulihan CENDANA, yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), ditubuhkan untuk menyokong sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf melalui tujuh program kewangan yang bertujuan membantu: ● individu, kumpulan, kugiran dan organisasi di mana geran tersebut dapat membantu mereka untuk pulih dalam situasi pandemik… Read More

Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga – Saifuddin

PUTRAJAYA: Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga dalam pembangunan sesuatu kawasan bagi memastikan penyediaan infrastrukturnya termasuk pembinaan menara telekomunikasi dapat dipercepatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata pada masa ini, pemaju hanya menyediakan perancangan air dan elektrik dalam kebenaran merancang, menyebabkan berlaku kelewatan penyediaan prasarana komunikasi. “Sekarang diminta pemaju menyediakan perancangan untuk kesalinghubungan Internet sebagai utiliti ketiga seperti lokasi menara dan laluan untuk gentian optik. “Ini kerana ada waktunya oleh kerana kesalinghubungan Internet tidak dimasukkan dalam kebenaran merancang, bila dah siap yang ada (kawasan) keliling sahaja sahaja boleh… Read More

PM: Menteri Umno kekal dalam Kabinet

31 Mac, PUTRAJAYA: Semua menteri dari Umno akan terus kekal dalam Kabinet kerajaan walaupun perhimpunan agung parti itu minggu lalu menggesa mereka untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat. Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata beliau menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet mengambil kira kepentingan rakyat dan negara. “Beberapa orang menteri dari Umno memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini. Justeru, kata Muhyiddin, beliau tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah… Read More

Sanitasi Rumah Ibadah: Pengerusi Kuil di Kuala Ampang hargai respon pantas Menteri KPKT

AMPANG: Tindakan segera Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui operasi rumah ibadat Hindu di Kuala Ampang mendapat penghargaan pihak pengurusan rumah ibadat tersebut. Pengerusi Kuil Sri Sakhti Vinayagar Alayam, Kuala Ampang memuji dan berterima kasih di atas respon pantas Zuraida bagi melaksanakan operasi sanitasi di kuil tersebut. Datuk Hajah Zuraida adalah antara menteri yang fokus kepada usaha-usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 melalui gerak kerja operasi sanitasi melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta norma-norma baharu sepanjang Program Jelajah Malaysia Prihatin. Sejak setahun lalu, KPKT melalui Jabatan Bomba… Read More