Semua masjid, surau di Selangor dibenarkan solat Jumaat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuatkuasa 3 Julai ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. “Sultan Sharafuddin disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari masa ke semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak COVID-19 di… Read More

Virus selesema baharu dikesan di China, berisiko pandemik

Para saintis di China dilapor berjaya mengenal pasti satu virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pandemik. Ia susulan penemuan pada dua individu yang dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini. Menurut Jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009. Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya. “Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak. “Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.null”Pada masa… Read More

Sistem perbankan, kewangan rugi RM1 trilion sekiranya ekonomi tidak dibuka semula

Seluruh sistem perbankan dan kewangan negara akan runtuh dan mengalami kerugian kira-kira RM1 trilion sekiranya sektor ekonomi tidak dibuka semula akibat pandemik COVID-19. Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengetahui risiko tersebut ketika mengetuai satu mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, yang selalu dipengerusikan pada setiap Isnin.null”Satu hari, Gabenor Bank Negara memberitahu saya, sekiranya dalam sehari atau sebulan mendatang ini, kita tidak buat apa dan tidak membolehkan ekonomi bergerak seperti biasa, seluruh sistem kewangan dan perbankan negara akan runtuh. “(Dan), kalau itu terjadi itu, nilai kerugian pada sistem… Read More

Rakyat Tersenyum Ke Pasaraya

Hari ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah melakukan 8,915 operasi sanitasi merangkumi 134 zon. Rakyat Malaysia masih boleh tersenyum dan berasa lega dengan usaha-usaha sanitasi awam ini. Mengikut maklumat, sebanyak 354 pasaraya telah disanitasi. Rakyat merasa senang hati masih dapat ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan harian. Ini rahmat di sebalik kerja-kerja sanitasi awam yang memberi kelebihan kepada masyarakat. Sebelum ini, timbul kebimbangan masyarakat kepada jangkitan wabak Covid-19 di pasaraya-pasaraya. Disiplin masyarakat kita juga berada pada tahap terbaik untuk ikut dan patuh kepada tiap S.O.P kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian… Read More