Berita Ringkas |PKPD Pentadbiran di Aman Jaya Kedah

Berikut adalah makluman penting oleh Menteri Kanan, YB Dato Ismail Sabri berkaitan pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Aman Jaya Kedah; ▪️Kerajaan laksana #PKPD pentadbiran di Aman Jaya, Kedah bermula tengah malam ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. ▪️PKPD pentadbiran di Aman Jaya, Kedah libatkan 22,360 isi rumah.

Berita Ringkas |Peniaga tidak wajib rekod suhu badan pelanggan – Ismail Sabri Yaakob

Suhu badan pelanggan yang berkunjung ke sesuatu premis perniagaan tidak wajib dicatat, sebaliknya hanya nama dan nombor telefon perlu direkod dalam buku jika pelanggan berkenaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1874148

Berita Ringkas |Kerajaan Suntik RM7.9 juta Dana Kandungan Digital, Bantu Industri Filem

Sejumlah peruntukan berjumlah RM7.9 juta melalui Dana Kandungan Digital telah diserahkan kepada 37 syarikat. Ini adalah fasa kedua suntikan dana yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui FINAS.

COVID-19: Tujuh kes baharu libatkan lima penularan dalam negara, dua import

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Sebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di negara ini sebanyak 9,274 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1873095