Solat Terakhir ‘Frontliners’ Covid-19

Gambar yang cukup bermakna dari sahabat sahabat di Indonesia.Meski tak cukup hebat untuk menceritakan peribadinya. Nama beliau Dr Adnan Ibrahim.Berumur 47 tahun.Pakar perubatan (Medical)Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar.Beliau akhirnya meninggal dunia semalam, Jumaat yang penuh keberkahan akibat COVID 19.Beliau antara doktor yang sedang sibuk berperang dengan virus tersebut di tempatnya. Gambar ini adalah gambar terakhir sebelum beliau diintubasi. Kita maklum kesan paling bahaya COVID 19 adalah pada paru paru.Ketika paru paru dijangkiti, mula mula pesakit akan perlukan oksigen tambahan.Jika kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit akan memerlukan mesin bantuan pernafasan… Read More

Virus #COVID-19 dengan mutasi D614g dikesan dalam negara – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870746

Taukey kedai Nasi Kandar Salleh Dihukum Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000

Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh yang menjadi pencetus kluster PUI Sivagangga, dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Tertuduh yang juga pemilik restoran terbabit, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun. Tertuduh mengaku bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Berita Ringkas |COVID-19: Trump umum kontrak keenam vaksin, membabitkan 100 juta dos

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan kontrak bernilai AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion) dengan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna untuk 100 juta dos vaksin COVID-19, perjanjian keenam yang dicapai sejak Mei. Moderna dengan kerjasama Institut Kesihatan Kebangsaan AS (NIH), sedang melakukan ujian klinikal Tahap 3 terhadap calon vaksin dan pembuatan dos vaksin akan dilakukan semasa percubaan sedang dijalankan. Vaksin, yang dinamakan mRNA-1273, sedang dibangunkan bersama oleh Moderna dan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan NIH (NIAID), yang diketuai oleh Dr Anthony Fauci. BH ONLINE