MOF beri jaminan Belanjawan 2021 akan fokus aspek kelangsungan ekonomi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memberi jaminan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November ini, akan terus menumpukan aspek kelangsungan ekonomi bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihaknya kini giat merangka Belanjawan 2021, termasuk mengadakan sesi perbincangan bersama kementerian-kementerian lain bagi mempertimbangkan cadangan serta keperluan pengoperasian serta pembangunan. Beliau berkata, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, Belanjawan 2021 itu mempunyai tiga matlamat utama untuk melindungi, memulih dan menjamin perkara seperti kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. “Pada masa sama, kerajaan juga menggesa rakyat… Read More

Tahap persediaan tinggi, operasi sanitasi berterusan tanggani wabak Covid-19

Tahap persediaan kerajaan menanggani wabak Covid-19 berada pada peringkat tertinggi melalui kerjasama yang dijalankan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan barisan hadapan. Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah menjalankan 10,653 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 24 zon merah, 49 zon kuning dan 63 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD…. Read More

Peranan PeKT jalankan khidmat untuk masyarakat

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) mempunyai peranan utama bagi memperkasakan komuniti seiring dengan Dasar Komuniti Negara. Penglibatan mereka dalam khidmat masyarakat antara usaha memperkasakan komuniti selain mengeratkan komunikasi antara masyarakat. PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Shoba Selvarajoo dan PeKT Majlis Bandaraya Shah Alam, Puan Yamunadavy menggerakkan inisiatif makanan percuma kepada ibu mengandung setiap minggu. Puan Shoba setiap minggu memberi sumbangan makanan percuma di Klinik Kuala Selangor, Kampung Asam Jawa, Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Manakala Puan Yamunadavy menjalankan khidmat sama di Klinik Desa Padang Jawa, Shah Alam. Semoga khidmat komuniti yang dijalankan kedua-dua… Read More

STATUS OPS SANITASI AWAM / NYAH CEMAR KPKT 30 MAC 2020 – 20 OKTOBER 2020

Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Ops Sanitasi Awam / Nyah Cemar COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,621 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu: 🎯 24 Zon Merah🎯 49 Zon Kuning🎯 63 Zon Hijau Zon-zon ini mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). #kitajagakita #COVID19 #normabaharu Datuk Zainal Abidin Abu Hassan – KSU KPKT Jabatan Penerangan Malaysia Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri BERNAMA