Perihatin Terus Bekerja: Operasi Sanitasi Awam berterusan tanggani wabak

Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah menjalankan sebanyak 10,565 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 22 zon merah, 51 zon kuning dan 63 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD. Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini. Setakat 18 Oktober 2020 (Ahad), 17 operasi sanitasi melibatkan 6 zon merah, 2 zon kuning dan 3 zon… Read More

Komuniti |Penggerak Hulu Langat edar cili segar

18 Oktober, Hulu Langat: Kisah menarik dari Hulu Langat apabila NGO Penggerak Hulu Langat mengedarkan cili segar kepada penghuni Flat Taman Wawasan Batu 14 hari ini. Kebiasaan program begini, edaran berupa pakej makanan atau barangan keperluan dapur. Program tersebut bermula jam 2:30 petang turut disertai oleh Wanita Muda dan Pemuda Negara Parlimen Hulu Langat.

Kerajaan perihatin dan terus bekerja demi negara

Selepas berlangsung pilihan raya negeri Sabah pada 26 September lalu, negara berhadapan dengan gelombang baru Covid-19 dengan peningkatan mendadak kes dan semalam (17 Oktober 2020) kes tertinggi telah dicatatkan sebanyak 869 kes sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Ketika kerajaan berusaha menanggani wabak melalui Kementerian Kesihatan Malaysia serta sokongan pasukan barisan hadapan, segelintir kelompok politik menangguk di air keruh mengambil kesempatan mahu menggugat keadaan politik negara. Namun begitu, kebijaksanaan politik oleh Muhyiddin Yassin dan pasukannya mentadbir, kemelut politik dapat diatasi. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin sendiri menjadi… Read More

Titah Nasihat Agong Al Sultan Abdullah

📌 Al Sultan Abdullah ulang nasihat kepada semua Ahli Parlimen agar pamer kematangan berpolitik, menjiwai keluh kesah dan tidak abai kesejahteraan rakyat. 📌 Semua rakyat khususnya ahli politik dinasihat bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu. 📌 Al Sultan Abdullah titah semua masjid adakan solat hajat, doa selamat mohon penularan COVID-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.