Harga emas turun, kedai emas dijangka diserbu hujung minggu ini

SHAH ALAM – Berikutan harga emas yang turun kepada RM236 segram pada Jumaat, kedai emas di sini dijangka menjadi tumpuan penduduk di Selangor menjelang hujung minggu ini. Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di Kompleks PKNS, Shah Alam mendapati pengurus premis berkenaan bersedia dengan tawaran harga emas berpatutan serendah RM229 kepada pelanggan yang bakal berkunjung. Salah seorang pengurus kedai emas, Normi Mohd Noor berkata, pihaknya bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk menerima jumlah pengunjung yang bakal datang ke kedainya pada hujung minggu ini. Menurutnya, selain penawaran harga yang berpatutan… Read More

England, Scotland longgar sekatan perjalanan

LONDON: England dan Scotland membuat keputusan melonggarkan sekatan perjalanan sekali gus memudahkan kemasukan individu yang lengkap divaksinasi ke negara terbabit. Pegawai kerajaan berkata, kelonggaran itu dilaksanakan akibat kegelisahan orang awam dan industri pelancongan terhadap pelbagai sekatan yang dibimbangi meningkatkan kos percutian musim panas kepada banyak keluarga. Setiausaha Pengangkutan UK, Grabt Shapps berkata, perubahan peraturan itu bermaksud menjadikan sesuatu sistem menjadi mudah dan lancar. “Kelonggaran peraturan membolehkan lebih ramai orang melancong, bertemu insan disayangi atau menguruskan perniagaan, sekali gus memacu kembali industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Bagaimanapun senarai peraturan ‘merah’ masih dikekalkan,… Read More

Gimnasium dibenarkan beroperasi, kecuali negeri Fasa Satu

KUALA LUMPUR: Semua pusat gimnasium, kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), ini dibenarkan kembali beroperasi, namun terhad untuk penggunaan individu yang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19. Perkara itu dinyatakan dalam kemas kini prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dimuat naik di telegram rasmi mereka. Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu dalam perkongsian di laman Twitter beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti SOP yang ditetapkan. “Gimnasium kini dibuka untuk operasi. Sila ikuti SOP dan terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati kehidupan sihat!” katanya… Read More

Kadar faedah pinjaman domestik kekal

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada mesyuaratnya semalam membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan pada 1.75 peratus. Menurut bank pusat itu dalam kenyataannya, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan. Katanya, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar. “Negara yang mencapai kemajuan yang lebih baik dalam pelaksanaan program pemberian vaksin sudah dapat melonggarkan langkah pembendungan dan membolehkan aktiviti dalam negeri terus pulih…. Read More