Melestarikan Tapak Runtuhan Highlands Tower

Semalam satu kenyataan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin mengenai cadangan melestarikan tapak runtuhan bangunan Highlands Tower yang sudah bertahun terbiar. Ada laporan media utama telah tersasar maksud daripada cadangan KPKT ini yang memberitakan bahawa ‘sebuah tugu peringatan akan dibina’ di lokasi tersebut. Cadangan melestarikan tapak tersebut adalah usaha menjadikan ia sebagai tapak bersejarah, melaksanakan usaha-usaha mengindahkan kawasan runtuhan dengan landskap yang lestari dan ceria. Apabila salah melaporkan berita, ia telah mencetuskan salahfaham dan kecaman akibat perspektif yang tersasar. Langkah melestarikan tapak runtuhan tersebut adalah memberi nafas baru… Read More

KWSP perinci syarat pengeluaran i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang layak membuat permohonan kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. Menurut KWSP dalam kenyataan dikeluarkan, kategori 1 adalah pencarum yang bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Petaling Jaya: bandar raya mampan terbaik dalam negara

Berita baik buat warga kota PJ (Petaling Jaya) kerana bandar raya ini adalah bandar mampan terbaik dalam Malaysia. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah juara bagi anugerah penghargaan bandar mampan bagi kategori bandar raya bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, peringkat kebangsaan pada 10hb November lalu, kata Mohd Sayuthi Bakar. Datuk Bandar MBPJ itu berkata ini menjadikan Petaling Jaya sebagai daerah yang mengungguli pencapaian mampan bagi seluruh bandar raya dalam negara. “Sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2007, MBPJ mencapai tahap mampan sehingga kini. “Pada tahun 2015 sehingga tahun 2019 MBPJ memenangi… Read More

SKMM Bina 61 Menara Komunikasi di Perkampungan Orang Asli

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan 61 menara komunikasi yang memberikan liputan di kawasan perkampungan orang asli setakat Oktober tahun ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa sama, terdapat lapan menara masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat bermula suku pertama tahun 2021. “Daripada lapan ini, termasuk dua di Cameron Highlands iaitu di Pos Lemoi dan Pos Kampung Telimau. Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) (fasa 1), sebanyak 85 menara baharu dengan perkhidmatan 4G akan dibina di 136 kampung orang asli di… Read More