JENDELA: Tingkatkan Komunikasi Sosial & Pemulihan Ekonomi

Kesan paling kritikal wabak COVID-19 terhadap sosial-ekonomi ialah memutus atau mengekang tahap komunikasi masyarakat global. Memetik kata-kata pakar ekonomi, Antonio Negri – tanpa perhubungan, tidak ada gerakan, bila tiada gerakan, maka tidak ada ekonomi. Wabak ini terus memutuskan perhubungan manusia. Ia telah menjejaskan proses pembelajaran di sekolah dan IPT serta mengubah senario sektor pekerjaan hingga memberi kesan besar terhadap kehidupan seharian masyarakat. Satu-satunya jalan untuk masyarakat pandemik ini meneruskan hariannya dengan memanfaatkan teknologi digital dalam kehidupan harian – belajar atas talian, kerja dari rumah/ atas talian, berbelanja dan membeli makanan atas talian…. Read More

Sampah pun boleh jadi duit!

Selain daripada air dan udara, benda yang akan sentiasa ada dan akan terus bertambah adalah sisa buangan pepejal yang dihasilkan oleh manusia. Masyarakat akan sinonim memanggilnya sebagai sampah sarap, barang lusuh atau barangan pakai-buang. Semakin bertambah jumlah manusia dan berkembang petempatan, maka sisa buangan pepejal juga turut seiring meningkat. Memang akan pihak yang diberi tanggungjawab dan tugas khusus untuk mengurus selia sisa buangan pepejal ini. Kalau di negara ini, ada dua agensi di bawah KPKT yang terbabit iaitu Southern Waste Corporation (SWCorp) dan Alam Flora. Ada juga agensi lain seperti KDEB di… Read More

Masyarakat India ladang dan B40 terima sumbangan Deepavali

11 November, PEKAN LINGGI: Menjelang perayaan Deepavali hujung minggu ini, Penggerak Port Dickson terus meraikan masyarakat India melalui pemberian sumbangan Deepavali. Kali ini masyarakat India dari ladang dan golongan B40 menerima sumbangan Deepavali daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin. Pemberian sumbangan melalui program Sentuhan Prihatin yang digerakkan oleh Pejabat Penggerak Port Dickson sejak semalam (10 November). Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet. Masyarakat India dari Rumah Rakyat Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Ladang Tampin Linggi dan Rumah Rakyat Permatang Pasir telah menerima sumbangan tersebut… Read More

Rencana |DASAR KOMUNITI NEGARA DAN RUANG EKSPRESI SOSIAL

Ketika Dasar Komuniti Negara (DKN) baharu diperkenalkan, terdapat kritikan mengatakan dasar ini tidak bersifat inklusif oleh seorang pensyarah di salah satu universiti tempatan. Kritikannya begini; “Jika hanya tertumpu kepada kawasan perumahan berstrata kos rendah di bandar, bagaimana pula komuniti bandar yang duduk di kawasan komuniti berpagar, komuniti pelarian dan migran?” Persoalan-kritikan pensyarah ini mengajak kita berfikir, kenapa Dasar Komuniti Negara fokusnya pada kawasan perumahan berstrata kos rendah di bandar. Dalam teori realisme, perkembangan manusia sangat terkait dengan keadaan persekitarannya, atau dipanggil material lingkungannya. Dalam masyarakat yang tinggal di kaki gunung, kebarangkalian melahirkan… Read More