Plastik Inovasi Baik Yang Disalahguna Manusia.

Teknologi plastik tidak dapat disangkal lagi menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi dunia hari ini. Tapi adakah anda tahu apa ironi paling tidak masuk akal tentang plastik sekali guna? Kita teguk air botol dan sedut kopi ais dengan straw plastik, nikmatnya cuma 3 minit, tetapi kebejatan yang ditinggalkan untuk alam sekitar akan kekal menbarah selama seribu tahun. Agenda memerangi ironi ini tidak mudah kerana plastik kini rakan karib yang sangat intim dengan kehidupan manusia. Plastik memudahkan hidup kita sehari-hari dengan sejuta cara. Ia sudah jadi satu industri agung yang menjana limpahan ekonomi dan… Read More
Komuniti |Penggerak Pandan atur usaha selesai isu-isu komuniti Flat Pandan Perdana

7 November, PANDAN: Pagi tadi Penggerak Pandan mengadakan pertemuan santai bersama wakil masyarakat India, Cina dan Melayu di Flat Pandan Perdana, Parlimen Pandan. Kunjungan ramah mesra bersama beberapa ketua keluarga turut berlangsung. Pelbagai isu dibincangkan dan dilontarkan oleh komuniti flat tersebut termasuk mengecat semula bangunan flat yang dalam keadaan sangat teruk dan buruk, tangki air rosak dan berkarat serta kebersihan kawasan sekitar. Selepas Deepavali, penduduk mengaturkan pertemuan antara Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Abdul Rahim dengan barisan JMB untuk mencari titik penyelesaian isu-isu tertunggak. Flat ini mempunyai sebanyak 800 pintu dengan penduduk lebih… Read More
1000 ayam segar diedar PKN Wilayah.

Penggerak Komuniti Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus aktif menyantuni warganya yang turut terjejas akibat Covid-19 yang melanda negara sekarang. Hari ini mereka mengedarkan 1000 ekor ayam segar kepada 1000 penerima sekitar Wangsa Maju pula. Sumbangan ini diedarkan kepada wakil-wakil yang akan mengedarkannya terus kepada penerima yang telah dikenalpasti di kawasan masing-masing. Majlis Pelancaran Program Sumbangan Ayam Hikmah yang disempurnakan pengerusinya merangkap Setiausaha Politik Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Saudara Hizwan Ahmad berjalan lancar dengan jayanya di PPR Gombak Setia, petang tadi. Turut hadir semua Pengerusi PKN Parlimen dan Sdr Mohammed Ridzal… Read More