Intipati Lawatan Kerja Rasmi Menteri KPKT ke negeri Pahang

1. Kerajaan Negeri Pahang memohon pembinaan rumah PPR di Lancang, ia telah diluluskan dan akan diteruskan dengan pembinaan sebanyak 350 buah rumah. Majlis pecah tanah untuk tujuan itu akan diadakan dalam masa terdekat. 2. Isu tapak pelupusan sampah di Jabor-Jerangau yang kapasitinya telah penuh dan mencapai tahap maksimum. KPKT telah mencadangkan dua tapak baru bagi pembinaan Waste To Energy (WTE) iaitu di Bukit Ketam bagi timur Pahang dan Bentong bagi selatan Pahang. 3. KPKT sedang memperkemas perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dan pihak operator tapak pelupusan sampah tidak mengikut garis panduan Akta… Read More

Majlis Daerah Maran terima RM7 juta peruntukan pembaikan dan naiktaraf

22 Februari, MARAN: Majlis Daerah Maran hari ini telah menerima peruntukan RM7 juta yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Datuk Zuraida dan deligasi KPKT dalam lawatan kerja rasmi ke negeri Pahang bermula semalam telah berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Maran untuk dibangunkan dan naiktaraf kemudahan selain perancangan pemulihan yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah RM7 juta diluluskan adalah peruntukan yang melibatkan usaha-usaha pembangunan Daerah Maran merangkumi RM5 juta bagi pembaikan & naiktaraf kemudahan yang rosak akibat banjir, RM1 juta khusus untuk pengurusan sisa… Read More

Kunjungan hormat perkukuh kerjasama KPKT-Kerajaan Negeri Pahang

22 Februari, KUANTAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang. Delegasi KPKT yang tiba di bangunan SUK Pahang telah disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Pertemuan antara Datuk Hajah Zuraida dengan Datuk Seri Wan Rosdy melibatkan perbincangan beberapa perkara termasuk perancangan pembangunan di Pahang meliputi pembangunan perumahan, pembinaan Balai Bomba, pengurusan sisa pepejal serta peningkatan aktiviti ekonomi setempat. Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke negeri Pahang…. Read More

Penjenamaan semula PPR kepada Rumah Malaysia, permudahkan syarat rakyat miliki rumah.

Penjenamaan semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada Rumah Malaysia merupakan suatu langkah strategik kedepan yang dibakal dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyediakan rumah untuk rakyat daripada kumpulan B40. Pengumuman penjenamaan semula tersebut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semasa Majlis Penyerahan Kunci dua projek perumahan rakyat di Johor Bahru semalam. Zuraidah berkata, dalam tempoh tiga bulan selepas Rumah Malaysia siap, perlu diisikan dan kerajaan negeri bertanggungjawab mendapatkan senarai pembeli atau mereka yang layak mendudukinya. Kata beliau, syarat itu merupakan polisi baharu pihak kementeriannya dan… Read More