Belanjawan 2021 dibentang di parlimen 6 Nov – Menteri kewangan

Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di parlimen pada 6 November ini adalah bertujuan merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna untuk memacu ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz. “Fokus utama adalah untuk memacu sumber pertumbuhan baru dan masa depan Malaysia, berikutan 2021 akan menjadi tahun untuk kita mempertahankan pertumbuhan yang kita harapkan dapat dicapai pada suku ketiga dan keempat tahun ini. “Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), agensi-agensi penarafan dan penganalisis mengunjurkan Malaysia untuk mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021.  “Jadi, belanjawan negara perlu dirangka untuk memenuhi dan melancarkan… Read More

Azmin akan bertemu pemain industri di Johor, bincang dampak COVID-19

Menteri kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali akan bertemu dengan pemain industri semasa lawatan dua harinya ke Johor bermula esok. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian tersebut untuk menangani cabaran dan isu-isu yang dihadapi oleh industri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Mohamed Azmin akan diiringi Ketua Setiausaha MITI Lokman Hakim Ali dan para pegawai kanan lain. “Inisiatif ‘turun padang’ ini akan membolehkan industri mengusulkan cadangan dan pandangan mereka kepada kerajaan terutamanya berkaitan… Read More

Loji ‘WTE’ Sungai Udang

Hari kedua YBM Hajah Zuraida Kamaruddin ke Melaka, beliau turun Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, Melaka. Lawatan tersebut untuk melihat progress terkini pembinaan sel kedua yang berkeluasan 6.4 ekar. Perkara utama yang turut diperhalusi adalah status terkini perancangan pembinaan loji berkonsepkan “Waste To Energy” (WTE) bagi pengurusan sisa pepejal yang lebih tersusun dan efektif. Beliau komited tinggi bagi menjayakan konsep WTE yang mampu menjadi sumber tenaga baru untuk negara di masa depan. Sisa-sisa pepejal dan bahan buangan bukan setakat diproses secara efektif tetapi ia berupaya diproses bagi penghasilan sumber tenaga… Read More

Kesinambungan ‘Limpahan Kesejahteraan’ Untuk Bumi Melaka

Rupa-rupanya bukan setakat Jasin yang menerima ‘limpahan kesejahteraan’ pembangunan, malah ia turut berlangsung di kawasan-kawasan lain di negeri Melaka. Hari ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin meneruskan lawatan seterusnya ke Pekan Rumbia, Dataran Keris, Alor Gajah serta Pasar Awam, Alor Gajah. Sebanyak RM300,000 telah diluluskan bagi kerja-kerja keceriaan di kawasan Pekan Rembia. Sejumlah peruntukan RM5.3 juta meliputi RM1 juta kepda 4 PBT di Melaka bagi kerja-kerja pembangunan telah diluluskan oleh Menteri KPKT. Semalam beliau turut meluluskan RM1juta bagi kerja-kerja awal pembinaan Pasar Jasin. Memetik ciapan twitter YBM Hajah Zuraida awal pagi ini; “Singgah… Read More