Kadar pengangguran turun, kedudukan tenaga buruh Malaysia pulih sedikit pada Jun

PUTRAJAYA, 7 Ogos — Kadar pengangguran pada bulan Jun 2020 menurun sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 4.9 peratus berbanding paras tertinggi 5.3 peratus yang dicatat pada Mei 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai Statistik Tenaga Buruh Malaysia setakat Jun 2020. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang mengulas mengenai laporan itu berkata kadar pengangguran berkurangan 52,900 kepada 773,200 orang, sekali gus menyaksikan kedudukan tenaga buruh Malaysia pulih sedikit susulan pelaksanaan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868159

Malaysia tidak akan jadi ‘tong sampah dunia’, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah dunia’ dan tindakan tegas akan diambil jika ada cubaan membawa masuk kontena yang mengandungi sisa toksik dan bahan plastik, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, sejak kementerian itu ditubuhkan pada Mac lepas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya telah mengesan dan menghantar pulang 13 kontena yang mengandungi sisa toksik dan 42 kontena bahan plastik ke negara asal. “Antara negara yang kita hantar (pulang) bahan yang kita kenal pasti (bahan plastik) ialah Amerika Syarikat,… Read More

RCEP dijangka dimeterai November tahun ini, kata Azmin

Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata, menteri perdagangan dan industri negara peserta RCEP sepakat untuk memeterainya menerusi keputusan yang dicapai pada 23 Jun lepas. Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka ditandatangani oleh negara yang menyertainya, termasuk Malaysia pada November ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, kalangan menteri perdagangan dan industri negara peserta RCEP sepakat untuk memeterainya menerusi keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Maya Peringkat Menteri Antara Sesi RCEP ke-10 pada 23 Jun lepas. Menurutnya, RCEP bakal menjadi perjanjian perdagangan… Read More

Pos Malaysia akan gantung sementara mel, bungkusan antarabangsa dan EMS.

KUALA LUMPUR, 31 Julai — POS Malaysia akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak. Dalam satu kenyataan, POS Malaysia memaklumkan langkah berkenaan diambil disebabkan impak COVID-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan. Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui AskPos di www.pos.com. Sumber BERNAMA