Komuniti |Penggerak Pandan atur usaha selesai isu-isu komuniti Flat Pandan Perdana

7 November, PANDAN: Pagi tadi Penggerak Pandan mengadakan pertemuan santai bersama wakil masyarakat India, Cina dan Melayu di Flat Pandan Perdana, Parlimen Pandan. Kunjungan ramah mesra bersama beberapa ketua keluarga turut berlangsung. Pelbagai isu dibincangkan dan dilontarkan oleh komuniti flat tersebut termasuk mengecat semula bangunan flat yang dalam keadaan sangat teruk dan buruk, tangki air rosak dan berkarat serta kebersihan kawasan sekitar. Selepas Deepavali, penduduk mengaturkan pertemuan antara Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Abdul Rahim dengan barisan JMB untuk mencari titik penyelesaian isu-isu tertunggak. Flat ini mempunyai sebanyak 800 pintu dengan penduduk lebih… Read More
1000 ayam segar diedar PKN Wilayah.

Penggerak Komuniti Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus aktif menyantuni warganya yang turut terjejas akibat Covid-19 yang melanda negara sekarang. Hari ini mereka mengedarkan 1000 ekor ayam segar kepada 1000 penerima sekitar Wangsa Maju pula. Sumbangan ini diedarkan kepada wakil-wakil yang akan mengedarkannya terus kepada penerima yang telah dikenalpasti di kawasan masing-masing. Majlis Pelancaran Program Sumbangan Ayam Hikmah yang disempurnakan pengerusinya merangkap Setiausaha Politik Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Saudara Hizwan Ahmad berjalan lancar dengan jayanya di PPR Gombak Setia, petang tadi. Turut hadir semua Pengerusi PKN Parlimen dan Sdr Mohammed Ridzal… Read More
Teori Kamal Hatta: Belanjawan 2021-antara patriotik & gila kuasa

Negara kita sedang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19. Ini terjadi selepas PRN Sabah. Meledak wabak ni tersebar dengan angka kes positif yang gila babi. Tapi kau orang jangan tak sedar, ada sekelompok ahli politik yang gila babi nak jatuhkan kerajaan kerana nak ambik kesempatan wabak yang melantun sekarang. Aku kata Anwar Ibrahim dah gagal dalam move retorik angka. Penipu. Kaki kelentong. Bukan wujud pun angka sokongan ahli-ahli parlimen yang dia sebut dalam sidang media ‘kasi gempak’ 23 September dulu. Ini semua karut politik. Last dia kata 38 MP PKR yang sokong dia…. Read More