Berita | TNB raih keuntungan lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih RM1.82 bilion bagi separuh pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding RM1.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Baharin Din, berkata margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kekal pada 40.6 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini. Katanya, ia berikutan peningkatan dalam pendapatan yang menyederhana disebabkan perbelanjaan lebih tinggi sebanyak RM507.2 juta, dengan sebahagian besarnya disebabkan kos bukan penjanaan dan peruntukan lebih tinggi untuk hutang ragu sebanyak RM326.6 juta bagi tempoh… Read More

Berita | PKP bawa ‘bencana’ kepada sektor automotif

PETALING JAYA: Sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0), atau sekatan pergerakan penuh dilaksanakan, sebahagian besar sektor automotif tidak beroperasi dan ini mengakibatkan para pembeli kenderaan terpaksa menunggu lama untuk tempahan mereka dipenuhi, dan pendapatan jurujual terjejas teruk. Kebanyakan kilang di Lembah Klang dan aktiviti pengeluaran kereta tidak berjalan sejak awal Jun, ketika sekatan pergerakan penuh bermula. Seorang jurujual yang enggan dinamakan memberitahu FMT, ada kira-kira 20 pelanggannya yang masih menunggu kereta mereka. Sebilangan daripada mereka membuat tempahan pada Februari, tambahnya. Tanpa petunjuk jelas bila sekatan pergerakan penuh akan berakhir, mereka perlu terus… Read More

Berita | Bos Mydin bidas komen gabenor BNM berhubung moratorium pinjaman

PETALING JAYA: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Shamsiah Mohd Yunus perlu “turun padang” dan memahami situasi terdesak dihadapi pengusaha perniagaan sebelum memberi komen mengenai isu moratorium pinjaman, kata seorang taikun perucitan. “Salah dari segi moral bank-bank mengaut keuntungan berbilion-bilion daripada kesulitan dihadapi peminjamnya,” kata penasihat Kumpulan Kelangsungan Perniagaan, Ameer Ali Mydin. “BNM tidak sepatutnya hanya menjaga bank dan memastikan (status) mereka sihat. BNM juga perlu menjaga seluruh negara.” Ameer mengulas kenyataan Nor Shamsiah semalam bahawa pengecualian penuh faedah semasa moratorium pinjaman akan mengakibatkan “kesan jangka panjang yang ketara” bagi bank-bank dan… Read More

Berita | Lonjakan kes COVID-19 jejas eksport sawit negara

KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit Malaysia terutama ke China, India dan Pakistan mencatatkan kemerosotan berikutan pengurangan permintaan susulan peningkatan semula jangkitan COVID-19 serta pengeluaran yang rendah, demikian menurut penganalisis. Eksport minyak sawit negara bulan lalu susut 0.8 peratus kepada 1.41 juta tan berbanding 1.42 juta tan bulan sebelumnya dengan eksport ke China, India dan Pakistan masing-masing merosot sebanyak 23.1 peratus, 19.8 peratus dan 22.2 peratus kepada 163,879 tan, 225,041 tan dan 51,604 tan. Affin Hwang Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata, kemerosotan eksport ke India adalah mengejutkan memandangkan pengurangan duti import oleh… Read More