Peruntukan awal RM1 Juta Bina Pasar Baru Jasin

Pihak Majlis Perbandaran Jasin dalam pembentangan mencadangkan tapak pasar baru Jasin yang berkeluasan 1 ekar dengan pelbagai fasiliti antaranya gerai barangan basah & kering, medan selera, serta tandas awam. RM1 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal pembinaan pasar tersebut telah diumumkan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin. Pengumuman tersebut dipetik melalui ciapan twitter YBM Hajah Zuraida hari ini. _PPI

Ternakan Keli Jana Ekonomi Belia

Proses pemulihan ekonomi negara kesan wabak Covid-19 telah mengilhamkan usaha buat komuniti pemuda Bukit Merbau Selinsing, Pasir Puteh di Kelantan mengusahakan projek ternakan ikan keli. Kolam ternakan ikan keli ini merupakan sebahagian daripada Program Penjana Ekonomi Pemuda yang merupakan gagasan Penggerak Komuniti Negara Parlimen Pasir Puteh. Usaha ini seiring dengan kluster keempat Dasar Komuniti Negara bagi memperkemaskan keupayaan ekonomi masyarakat agar berdaya saing. _PPI

Penerima BSH dapat bantuan khairat kematian

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata, tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain itu, Abdul Rahim berkata, penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal. ”Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan… Read More

Kakitangan TNB cedera lepas dikasari pengguna tak puas hati bil tinggi

Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu mengalami kecederaan ringan setelah dikasari seorang individu tidak dikenali di Seberang Pintasan di sini pada kira-kira 11.30 pagi tadi. Ketua Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu Mohd Nazri Puteh berkata insiden itu adalah yang pertama berlaku di negeri itu setakat ini. “Mangsa, Anuar Rani yang bekerja sebagai Penyelia Pembaca Jangka TNB Terengganu dikatakan telah pergi ke sebuah rumah untuk mengambil bacaan sebelum tiba-tiba didatangi seorang pengguna yang bertanyakan mengenai bil elektrik yang tinggi. “Mangsa telah memberi penerangan mengenai kenaikan bil elektrik itu… Read More