KWSP tingkatkan pelaburan di luar negara

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan pelaburan di luar negara dalam usahanya mengatasi pulangan empat hingga lima peratus yang dicapai sebelum ini. “Kami pasti menyasarkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, dalam satu temubual Bloomberg TV bersama Haslinda Amin. “Namun saya fikir anda juga tahu, masanya adalah amat mencabar.” Beliau berkata, KWSP, yang asetnya melonjak 10.9 peratus kepada RM924.75 bilion tahun lalu, mengembangkan portfolio global untuk mengekalkan dividen tinggi kepada pencarum di tengah-tengah peluang yang terhad di dalam negara. “Kadar pertumbuhan dana kami mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya…. Read More

Bakti Sosial | Masyarakat Hargai Jualan Amal

Sudah masuk siri keempat Program Jualan Amal Keperluan Asas dijalankan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang. Ia menggembirakan orang ramai khusus dalam mendapatkan ikan-ikan segar dalam program tersebut dengan harga berpatutan. Mungkin ini program yang tidak popular untuk rating isu semasa tetapi bakti sosial yang digerakkan oleh pejabat Parlimen Ampang ini mendapat reaksi positif masyarakat setempat. Hakikatnya, orang awam lebih suka dan senang hati dengan jualan amal sebegini. Manfaat lebih kepada rakyat dan secara langsung pemimpin seperti YBM Hajah Zuraida Kamaruddin lebih dihargai atas keperihatinan terhadap masyarakat. _PPI

Sistem perbankan, kewangan rugi RM1 trilion sekiranya ekonomi tidak dibuka semula

Seluruh sistem perbankan dan kewangan negara akan runtuh dan mengalami kerugian kira-kira RM1 trilion sekiranya sektor ekonomi tidak dibuka semula akibat pandemik COVID-19. Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengetahui risiko tersebut ketika mengetuai satu mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, yang selalu dipengerusikan pada setiap Isnin.null”Satu hari, Gabenor Bank Negara memberitahu saya, sekiranya dalam sehari atau sebulan mendatang ini, kita tidak buat apa dan tidak membolehkan ekonomi bergerak seperti biasa, seluruh sistem kewangan dan perbankan negara akan runtuh. “(Dan), kalau itu terjadi itu, nilai kerugian pada sistem… Read More

Malaysia mendahului penggunaan dompet mudah alih di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Malaysia mendahului dalam penggunaan dompet mudah alih/digital di Asia Tenggara, diikuti Filipina (36 peratus), Thailand (27 peratus) dan Singapura (26 peratus), menurut Kajian Impak Mastercard 2020. Keputusan Edisi Pasaran Malaysia menunjukkan sebanyak 40 peratus daripada pengguna di Malaysia dilaporkan menggunakan lebih banyak dompet mudah alih/digital, diikuti kad debit tanpa sentuhan (26 peratus) dan kad kredit tanpa sentuhan (22 peratus). Oleh itu, penggunaan tunai merosot 64 peratus sejak awal pandemik COVID-19. Perubahan dalam cara pembelian menunjukkan peralihan di seluruh rantau dengan pasaran lain seperti Singapura, Filipina dan Thailand turut mengurangkan penggunaan tunai, masing-masing sebanyak 67… Read More