Jiwa kental gadis penghantar makanan

“Saya memilih kerjaya penghantar makanan kerana minat dengan motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun,” kata Farah Nur Syifa Abdullah, yang mesra dipanggil Fafa. Fafa, 20, berkata, walaupun kerjaya itu didominasi kaum lelaki, ia tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghantar makanan. Katanya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan adalah lelaki.”Walaupun saya perempuan, layanan dan cara kerja tetap sama seperti penghantar makanan lain. Saya perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat, tidak kira cuaca panas… Read More

Penjana – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Antara inisiatif #PENJANA yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat : 1) Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion yang dilanjutkan selama 3 bulan lagi. 2) Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion termasuk insentif bagi melibatkan penggangur berumur di bawah 40 tahun, penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan. 3) RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan. 4) Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga… Read More