Empat juta pengguna domestik dapat bekalan elektrik percuma tiga bulan

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.null”Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun. “Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil… Read More

Siakap 10.8kg dijual RM270

Kalau sudah dinamakan rezeki, rawai yang dipasang hanya kira-kira 800 meter dari pantai berjaya memerangkap ikan siakap seberat 10.8 kilogram (kg) di Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah dekat sini. Itu rezeki nelayan, Mohd Ali Abu Bakar, 50, selepas memasang rawai, iaitu alat menangkap ikan berbentuk 200 mata kail bersama umpan ikan selangat sebelum dilepaskan ke dalam laut. Mohd Ali tidak menyangka sama sekali, ikan gelama dan duri yang dihajatkan, tetapi yang diperangkap rawai ialah siakap yang amat sukar diperoleh di perairan tepi pantai. Nelayan yang sudah ke laut sejak berusia 15 tahun… Read More

DBKL tutup 127 premis warga asing

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan menutup 127 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar ibu negara sehingga 7 Jun lalu. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, sebanyak 93 premis melibatkan perniagaan kedai baju, pasar mini, kedai perabot, kedai serbaneka, produk jamu dan lain-lain. Menurutnya, turut dikenakan tindakan penutupan 17 restoran, 14 kedai alat telekomunikasi, dua gerai dan kios makanan dan satu pusat cucian kereta. “Kebanyakan premis didapati disewakan warga tempatan iaitu pemilik lesen kepada warga asing. “Bila kita serbu premis, warga asing ini akan beri macam-macam… Read More

Berjaya Tioman Resort hentikan operasi

KUALA LUMPUR: Berjaya Tioman Resort yang sudah beroperasi selama 50 tahun akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Jun ini selepas terkesan dengan penularan COVID-19 dan alkan menjalani aktiviti pembangunan semula. Pengurusanan kanannya dalam satu kenyataan berkata, semua kakitangan di resort itu akan diberhentikan dan akan diberi pampasan sewajarnya membabitkan kos RM8 juta. “Adalah dengan berat hati diumumkan bahawa Berjaya Tioman Resort akan menghentikan operasinya berkuatkuasa 15 Jun ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang memberi kesan buruk kepada industri pelancongan. “Sepanjang penutupan ini, pihak pengurusan akan menjalankan pembangunan… Read More