Rencana |Zakaria Abdul Hamid ‘memandu’ Finas ke jalan lurus

Semasa pengumuman rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBM Dato Saifuddin Abdullah pelantikan Pengerusi FINAS yang baru pada 23 Mei 2020 lalu, segelintir penggiat seni dan kumpulan politik membidas kewajaran lantikan Zakaria Abdul Hamid bagi menerajui agensi tersebut. Antara kegusaran dalam kecaman dan bidasan yang dilontarkan lebih kepada ‘keupayaan’ dan ‘kefahaman’ orang politik tentang seni. Mereka khuatir arah tuju FINAS akan hanyut sekiranya ditadbir oleh orang politik. Namun kebanyakan mereka tidak mengenali watak dan sikap Zakaria yang sinonim dipanggil ‘Zak’ oleh rakan-rakan politik. Orangnya bersifat tenang dan sentiasa tersenyum tanpa menyerlahkan sikap ‘angkuh… Read More

Zarina Anjoulie berjaya dapatkan penghakiman ingkar terhadap Amyza

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pelakon dan model, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap rakan seperjuangannya, Amyza Aznan dalam kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta. Hakim Datuk Azimah Omar membenarkan permohonan Zarina Anjoulie selaku plaintif berikutan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan sebagai defendan gagal memfailkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman itu pada tarikh yang ditetapkan. Sumber : Bernama

Sejarah Muzik Malaysia:Rock The World

Selepas berakhirnya era muzik Rock di Malaysia pada pertengahan 1990an, tiada lagi penganjuran konsert muzik tahunan skala besar yang pernah berlangsung era 1980an dan 1990an. Persembahan ‘live band’ di fun-fair juga berakhir penghujung tahun 1990an. Memasuki era alaf baru, muncul jenama ROCK THE WORLD pada tahun 2000. Konsert pertama Rock The World telah berlangsung di lapangan letak kereta, One Utama Shopping Centre yang mendapat tajaan Panasonic. Rock The World menampilkan 100 peratus band-band muzik tempatan. Ia adalah konsert rock ‘open air’ terbesar di Malaysia yang dilangsungkan secara tahunan. ‘Pesta rock’ terbesar negara… Read More

“Hebak mu Syahmi”

YOUTUBER popular, Syahmi Sazli kini sudah bersedia mengarahkan filem sulungnya berjudul Mael Totey The Movie. Syahmi berkata, langkah baru itu mustahil dapat dikecapi tanpa sokongan semua peminat yang mengikuti perkembangan dirinya di saluran YouYube. “Sedikit kejayaan yang saya kecapi sekarang ini bukan 100 disebabkan kepandaian, bakat atau usaha, tapi boleh jadi sebab doa daripada orang yang mengenali saya, doa dari ‘followers’ (pengikut). “Jadi, saya nak minta sahabat followers doa untuk kejayaan Mael Totey The Movie yang akan mulakan penggambaran pada 12 Julai ini. “Insya-Allah, apabila kita berdoa untuk orang lain, malaikat akan… Read More