Teori Kamal Hatta: PKR dilanda ‘Arrogant of Power’

PKR yang 22 tahun dulu tak sama dengan PKR sekarang. Belum cukup dua tahun Anwar Ibrahim menjadi presiden parti, PKR sudah melalui proses kehancuran. Era ‘Reformasi’ dulu, aku pun turun gelanggang ikut serta demo di Kuala Lumpur. Dulu aku dan kawan-kawan era reformasi turun melawan regim Mahathir. Kita bantah ketidakadilan yang dia buat ke atas Anwar waktu itu. BN sangat angkuh. Aku sebut BN dilanda ‘Arrogant of Power’. Selepas PKR mengepalai kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 hinggalah menang PRU14 tumbangkan BN, aku dah nampak parti ini mulai dilanda ‘Arrogant of Power’… Read More

Kampung Baru (Sinchun) Terima Peruntukan Kesejahteraan RM100,000

Limpahan kesejahteraan yang pernah diumumkan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin sebelum ini turut melibatkan kampung-kampung baru Cina yang juga dikenali sebagai ‘sinchun’. Terdapat sejumlah 613 Kampung Baru di seluruh negara dan setiap satunya mendapat peruntukan sebanyak RM100,000. Hal tersebut telah disampaikan semasa beliau merasmikan Perpustakaan Pei You di Kg Baru Salak Selatan. Beliau menyatakan bahawa peruntukan RM100,000 yang diterima oleh Kampung Baru berkenaan telah digunakan untuk menaik taraf bangunan dan membina perpustakaan untuk kegunaan komuniti setempat. Perpustakaan Kg Baru Salak Selatan boleh dijadikan model contoh kepada Kg Baru yang lain yang terdapat… Read More

46 Individu Kena Kompaun, Berkumpul Di Kedai Makan

ALOR SETAR: Seramai 46 pelanggan kedai makan di Tebengau di sini, semalam, ditahan polis selepas mereka didapati ingkar serta tidak patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam pemeriksaan pada jam 5 petang itu, pelanggan didapati berkumpul di dalam pondok kedai dalam jumlah terlalu ramai tanpa mengamalkan penjarakan sosial. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata kedai makan itu juga didapati gagal menyediakan penyukat suhu badan dan mengambil butir pelanggan. Katanya, berikutan itu kesemua pelanggan berusia antara 19 hingga 67 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)… Read More

Komuniti | SEMANGAT MERDEKA BARU

Seakan menyerap semangat Wanita Besi Britain, Margaret Thetcher yang juga mantan Perdana Menteri UK, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melaungkan cogankata ‘Kerajaan Baru, Semangat Merdeka Baru’ sebagai pelonjak patriotik masyarakat. Semasa mula-mula Margaret menjadi PM UK pada tahun 1979, negara tersebut dihimpit masalah pengangguran yang tinggi akibat kemelesetan ekonomi dunia dan ketika itu juga gerakan pembebasan Ireland Utara, IRA dan Sein Fein menjadi ancaman keselamatan dalam negeri di Britain. Namun pada tahun 1981 telah berlaku Perang Falklands apabila junta Argentina telah menawan wilayah naungan British tersebut. Perang ini memberi makna besar kepada UK… Read More