Timbalan speaker Selangor keluar PKR

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa mengumumkan keluar dari PKR. Beliau merupakan wakil rakyat terbaru yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu. Timbalan Ketua Wanita PKR itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.null “Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada presiden juga parti yang… Read More

Kerusi Menteri Besar Amirudin Goyang

Resah Amirudin Shari mengenangkan nasib ‘kerusi empuknya’ dek move yang dilakukan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan keluar dari PKR. Mana tidaknya, move Ketua Cabang Kapar itu telah memberi kesan apabila mengurangkan sokongan kepada dirinya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Negeri Selangor yang bakal menentukan siapa bakal menduduki kerusi Menteri Besar seterusnya. Amirudin dilihat hanya memiliki sokongan kuat 7 ketua cabang yang lebih dikenali sebagai ‘Team AS’ daripada keseluruhan 22 cabang yang ada di Selangor. Cabang-cabang tersebut adalah Gombak sendiri, Sepang, Kuala Selangor,… Read More

Covid-19: KKM sah terima kes tukang gunting rambut positif Covid-19

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima notifikasi berkenaan dengan seorang gunting rambut disahkan positif koronavirus (Covid-19) oleh Pejabat Kesihatan Titiwangsa. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki warga asing itu menawarkan perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. “Kedai gunting rambut ditutup sejak PKP, tetapi dia menawarkan gunting rambut dari rumah ke rumah mengikut permintaan pelanggan,” katanya. Menurutnya, lelaki itu dikesan positif Covid-19 selepas majikannya memintanya untuk melakukan ujian saringan sebelum memulakan operasi di kedai. “KKM telah mengesan 40 kontak rapat… Read More

5 remaja dituduh rogol gadis bawah umur

AYER KEROH: Lima remaja lelaki termasuk tiga di bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol secara berkumpulan dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Mac lalu. Mereka yang berusia antara 15 hingga 19 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan pertama, semua tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dan meraba badan mangsa yang berusia 16 tahun empat bulan ketika kejadian. Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen… Read More