Orang ramai menyerbu Masjid Al Kauthar Tawau sebab menyangkakan boleh solat Jumaat di masjid

Suasana solat jumaat di Masjid Al Kauthar Tawau. Orang awam berebut2 mahu jadi jemaah solat jumaat. Allahuakbar. Orang ramai menyerbu Masjid Al-Kauthar Tawau. Mereka sangka boleh sudah solat juma’at hari ini setelah mendengar pengumuman Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kelmarin. Menurut pengumuman tersebut semua masjid , surau dalam Zon Hijau di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN dibuka untuk solat juma’at dan solat berjemaah mulai 12 JUN, hari ini. Di negeri Sabah dan negeri2 lain masih terikat SOP 40 jemaah sahaja. Mungkin mereka tidak mendengar atau faham… Read More

Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Hampir Seluruh Semenanjung Malaysia Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui imej yang dimuatnaik, hampir seluruh Semenanjung Malaysia dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 6 petang ini. Antara kawasan yang terjejas di adalah seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan sebahagian besar kawasan di negeri-negeri lain termasuk di beberapa kawasan di Sabah. Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dan pastikan keadaan tayar anda berada dalam keadaan yang baik susulan jangkaan kenaikkan peratusan kenderaan yang menggunakan lebuh raya utama negara untuk pulang ke kampung selepas kerajaan tidak… Read More

Sesi persekolahan kelas peperiksaan mulai 24 Jun

Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sumber : Berita Harian

Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini. Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang. Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir. Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.