YAB Perdana Menteri hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari

YAB Perdana Menteri menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19. Sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah. Pada Selasa, 2 Jun 2020 YAB Perdana Menteri sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif. YAB Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.YAB Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah… Read More
KPKT sedia timbang kaji undang-undang penjualan arak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia menimbang cadangan bagi mengkaji semula undang-undang melibatkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk akhir-akhir ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang keputusan berkaitan undang-undang melibatkan penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc. “Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT (pihak berkuasa tempatan) juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini. “Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad… Read More
“SYED SADIQ BUKAN LAGI AHLI BERSATU”

1. Susulan Sidang Media YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 31 Mei 2020 bertujuan untuk mengelirukan ahli parti, ahli Armada, melakukan penyamaran, salah guna kuasa dan berniat jahat. 2. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ini setelah merujuk kepada pemakluman bertarikh 28 Mei 2020 mengenai kedudukan keahlian sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibawah Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti. 3. ARMADA dan SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat Negeri/Pusat menyatakan pendirian, mengiktiraf… Read More
Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk

Di United Kingdom jika didapati memandu dalam keadaan pengaruh alkohol (mabuk atau tidak), hukumannya ialah: 1. 6 bulan penjara2. Unlimited fines3. Gantung lesen setahun. 3 tahun gantung jika ditangkap sekali lagi dalam tempoh 10 tahun. Itu sebab di UK, semua warganya tidak memandu sendiri bila keluar berhibur di pub atau night club. Mereka pergi dgn kawan, teksi, bas atau tramp dan balik dengan kawan atau teksi. Sebenarnya, mereka tak takut hukuman drunk driving tapi mereka lebih takut dengan eksiden. Jika eksiden sebab mabuk, mereka akan dipenjarakan hingga 14 tahun dan lesen akan… Read More