Varian Delta: Jangkitan Covid-19 akan meningkat melalui bawaan udara – Noor Hisham

KUALA LUMPUR -Jangkitan Covid-19 dijangka terus meningkat melalui bawaan udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Menurutnya, kewujudan varian Delta membolehkan peningkatan kes positif kerana varian baharu itu merebak melalui kaedah tersebut. “Kita dimaklumkan Delta Varian sekarang menjadi varian yang dominan, sebelum ini varian Beta yang telah merebak ke seluruh negara dan setiap negeri terkesan denngan penularan ini. “Tetapi varian Delta ini dia merebak dengan cepat sekali. Kalau kita lihat kepada permulaan jangkitan di mana merebaknya jangkitan varian Delta ini RT ialah 5 hingga 8 kalau Wuhan dahulu… Read More

Polis serah siasatan kes Bella kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Johor Bahru: Polis mengesahkan kertas siasatan kes remaja Sindrom Down (SD) dipercayai didera dikenali Bella dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini bagi penelitian pihak pendakwaan. Kanak-kanak itu diselamatkan dari sebuah rumah penjagaan di Jalan Kukuban di Taman Setapak, Kuala Lumpur yang turut dikenakan sita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya turut mengemukakan beberapa cadangan untuk penilaian berhubung kes itu. “Kita sudah rujuk pada pejabat… Read More

Lawatan Azmin ke Hagia Sophia, Turkey Local Guides mohon maaf

SHAH ALAM – Turkey Local Guides memohon maaf atas hantaran di Facebooknya yang membawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengunjungi Hagia Sophia bersama keluarganya. Menurutnya, lawatan yang diadakan tersebut adalah lawatan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). “Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya telah membuat kesilapan maklumat tentang pelanggan kami. “Ia merupakan lawatan rasmi daripada MITI. Lawatan ini merupakan sebahagian program yang diatur oleh kerajaan Turki. Kami bawa ke sana (Hagia Sophia) untuk menunaikan solat Asar,” katanya pada Isnin. Hantaran di Facebook itu sebelum… Read More

SPRM tahan pengerusi bergelar Datuk disyaki terima rasuah bernilai RM16 juta

GEORGE TOWN, 11 Julai — Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta. Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan. Katanya, suspek berdepan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) dan Akta… Read More