Malaysia Airlines antara yang pertama uji ‘IATA Travel Pass’

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan global pertama yang sedang menguji ‘IATA Travel Pass’ – aplikasi telefon mudah alih bagi pengesahan kesihatan secara digital. Sebagai persediaan sebelum memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital di aplikasi mudah alih sendiri, Malaysia Airlines menjelaskan ujian ke atas pas perjalanan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) itu akan melibatkan penumpang penerbangan dari Kuala Lumpur ke London bagi tempoh 29 April hingga 27 Mei, 2021. “Penumpang terpilih bagi perjalanan menerusi penerbangan MH4 pagi ini menjadi yang pertama mendapat akses kepada aplikasi baharu tersebut. “Ia menyediakan semua… Read More

Cadangan rumah mampu milik bagi kumpulan B40 telah diserah kepada kerajaan – Vincent Tan

KUALA LUMPUR – Better Malaysia Foundation (BMF) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan awal bulan ini berhubung rumah mampu milik khusus bagi kumpulan rakyat Malaysia berpendapatan rendah, yakni isi rumah B40. Pengasas BMF, Tan Sri Vincent Tan memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan-cadangan itu. “(Cadangan) telah dihantar kepada kerajaan, jadi saya serahkan kepada kerajaan,” katanya, dan enggan memberitahu kepada siapa cadangan itu diserahkan, atau kementerian mana yang dimaksudkannya. Tan juga berkata, beliau yakin kerajaan akan menerima cadangan-cadangan BMF, dan dia sedar bahawa ada banyak perkara teknikal… Read More

ADUN Melor meninggal dunia

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Yusnan Yusof, meninggal dunia di kediamannya di sini awal pagi tadi. Allahyarham, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 2.28 pagi di kediamannya di Melor. Perkara berkenaan disahkan seorang daripada anak Allahyarham, Mohd Auzaie dalam hantaran di laman Facebook menerusi akaun DrYusnan Albadar. “Dukacita dimaklumkan bahawa baba Dr Yusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi pada 2.28 pagi,” katanya. Turut dimaklumkan bahawa solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Haji Hassan, Ketereh. –… Read More

Kerajaan mansuh sepenuhnya UPSR, batalkan PT3 2021

oleh Kamariah Khalidi – 28 April 2021 KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 dibatalkan sementara Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya. Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan membatalkan PT3 adalah sama seperti yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun lalu. Menurutnya, bagi pelajar yang ingin memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). “Pada tahun 2020 PT3 dibatalkan, jadi untuk tujuan kemasukan murid ke asrama bagi tahun 2021 mereka telah menduduki PKSK. Jadi ini keadaannya pada… Read More