17 Ogos untuk putuskan sama ada pembubaran DUN Sabah boleh diadili

07/08/2020 02:43 PM KOTA KINABALU, 7 Ogos  — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.  Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah.  Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata… Read More

Lim Guan Eng keluar dari ibu pejabat SPRM bagi hadapi pertuduhan di Mahkamah KL

07/08/2020 10:01 AM PUTRAJAYA, 7 Ogos – Kenderaan yang dipercayai dinaiki bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 8.30 pagi tadi untuk membawa beliau ke mahkamah bagi menghadapi pendakwaan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Kenderaan Proton SUV X70 yang dinaiki Lim diiringi kereta peronda polis dan motosikal pengiring. Petugas media berkumpul seawal 7 pagi bagi mengikuti perkembangan kes Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Lim ditahan SPRM kira-kira 9.30 malam… Read More

SPRM dakwa Lim Guan

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bakal didakwa oleh SPRM hari ini.

Disiplin Diri & Komitmen Menteri KPKT Hadir Awal Sesi Parlimen

Kelmarin heboh dalam sidang parlimen seketika apabila sesi perbahasan berlaku situasi tidak cukup korum yang telah dibangkitkan oleh MP Tanjung Malim. Kebetulan ketika itu sesi ‘kepunyaan’ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin. Sejumlah 26 ahli Dewan Rakyat diperlukan bagi angka minima memenuhi korum bersidang. Ketika situasi itu terjadi, ada 24 MP dengan lapan daripada MP PH, selebihnya MP Perikatan Nasional (16). Timbul isu ponteng hadir sidang parlimen oleh para Ahli-ahli Parlimen khususnya PH. Namun sesuatu yang wajar menjadi teladan dan contoh terbaik adalah komitmen YBM Hajah Zuraida Kamaruddin untuk… Read More