Harga emas turun, kedai emas dijangka diserbu hujung minggu ini

SHAH ALAM – Berikutan harga emas yang turun kepada RM236 segram pada Jumaat, kedai emas di sini dijangka menjadi tumpuan penduduk di Selangor menjelang hujung minggu ini. Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di Kompleks PKNS, Shah Alam mendapati pengurus premis berkenaan bersedia dengan tawaran harga emas berpatutan serendah RM229 kepada pelanggan yang bakal berkunjung. Salah seorang pengurus kedai emas, Normi Mohd Noor berkata, pihaknya bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk menerima jumlah pengunjung yang bakal datang ke kedainya pada hujung minggu ini. Menurutnya, selain penawaran harga yang berpatutan… Read More
Kebersamaan semua pihak jayakan agenda pendidikan masa depan

LANJUTAN sesi persekolahan 2021 hingga Mac tahun depan seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menimbulkan pelbagai reaksi. Kita sedia maklum murid dan pelajar mengharungi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kesan penularan COVID-19. PdPR dalam norma baharu menunjukkan anjakan paradigma dalam dunia pendidikan masa kini. Sudah tentu langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan kelangsungan pendidikan kepada murid di sekolah dengan lanjutan tempoh persekolahan itu difahami masyarakat. Namun, sejauh mana kerelevanan keputusan itu diambil menjadi persoalan dalam masyarakat khususnya guru di sekolah. Lazimnya, sesi persekolahan tamat pada pertengahan November dan cuti… Read More
Kakitangan sokongan perlu lengkap vaksin sebelum masuk sekolah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hanya membenarkan pekerja perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK), perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) serta bekalan makanan mentah (BMM), yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 memasuki premis sekolah. la bagi memastikan usaha KPM mencapai imuniti kelompok di kawasan sekolah. Arahan itu yang dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh 3 September lalu, menyatakan kebenaran itu terpakai untuk penerima dos lengkap yang sudah melepasi hari ke-14 daripada tarikh kedua suntikan untuk vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Bagi penerima vaksin satu dos keluaran syarikat Johnson & Johnson… Read More
Harga ayam naik: KPDNHEP Melaka keluar empat notis

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka akan mengeluarkan empat notis kepada tiga pengilang dan satu pengimport bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga ayam mentah. Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, Notis Pengesahan Maklumat Barangan atau Perkhidmatan serta Notis Bertulis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011 akan dikeluarkan pada minggu ini berikutan rungutan pengguna berhubung harga ayam mentah meningkat di beberapa tempat. Beliau berkata, pihak berkenaan perlu mengemukakan dokumen kos pengoperasian jualan ayam dalam tempoh tiga tahun selain menggerakkan operasi rantaian jualan ayam di 13 lokasi membabitkan… Read More