Semak Status Permohonan BPN 2.0 Anda

Semua warganegara Malaysia boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lepas. Semakan status bermula hari ini (15 Oktober 2020).

Semakan status permohonan dan rayuan BPN 2.0

Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihation Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/. Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Semakan Status Dan Permohonan Baharu Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini

Rencana | Prestasi 100 Hari, Buktikan Zakaria Pilihan Tepat Terajui Finas

Anda pasti ingat beberapa bulan lepas apabila Zakaria Abdul Hamid diumumkan sebagai pengerusi baru Finas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah, beliau kemudiannya mendapat kecaman hebat segelintir penggiat seni dan kumpulan politik. Antara kumpulan politik yang hebat membuat kecaman adalah Naib Ketua AMK PKR yang melabelkan Zakaria sebagai ‘orang yang mengamalkan rasuah’ berdasarkan tuduhan beliau ‘menggunakan kedudukan jawatan selaku Setpol Menteri Kerjaraya’ untuk memberi projek kepada orang-orang politik dan dipecat oleh PKR kerana ‘kesalahan’ tersebut. Namun SPRM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Zakaria tidak terlibat dengan tuduhan tersebut dan… Read More

Muhyiddin lawat penduduk PPR Desa Rejang, dengar luahan dan janji bantu

KUALA LUMPUR, 25 Ogos  — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun padang melawat penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak di sini bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan kehidupan penduduk miskin bandar di situ. Perdana Menteri yang melakukan lawatan tersebut sebelum menghadiri Persidangan Dewan Rakyat, sempat menziarah penghuni tiga unit PPR di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), singgah bersarapan di gerai Che Nah yang terletak di medan selera dan beramah mesra dengan penduduknya.  Muhyiddin yang berkongsi mengenai lawatan itu dalam laman Facebooknya, berkata penduduk PPR itu merupakan kelompok yang terkesan dan terpaksa bergelut dengan kesusahan untuk meneruskan kehidupan… Read More