Berita Ringkas |11 Persatuan Penduduk Terima Sumbangan RM1 ribu Menteri KPKT

20 Ogos, Shah Alam: RM1,000 disumbangkan kepada 11 persatuan Penduduk di Perbadanan Pengurusan Anggerik 21 Shah Alam bagi membaikpulih bangunan yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin. Sumbangan tersebut disampaikan dalam sesi taklimat oleh MBSA dan Bahagian Perkhidmatan Perbandaran KPKT di Pangsapuri Seksyen 24 Shah Alam. _PPI

Berita Ringkas |Menteri KPKT Sumbang RM10 ribu Kepada JMB Flat Seksyen 18 Shah Alam

20 Ogos, Shah Alam: Pagi ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada badan pengurusan (JMB) Pangsapuri Seksyen 18 Shah Alam. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada pengerusi badan pengurusan Pangsapuri Seksyen 18 Shah Alam dalam satu program turun padang meninjau dan mendengar permasalahan komuniti pangsapuri tersebut. _PPI

Komuniti |Zuraida Tonjolkan Toleransi dan Keharmonian Masyarakat

18 Ogos, Ampang: Ogos adalah bulan kemerdekaan di Malaysia, suatu hakikat yang diketahui oleh seluruh rakyat negara ini. Singapura dan Indonesia juga meraikan hari kemerdekaan negara masing-masing juga dalam bulan Ogos. Toleransi dan keharmonian adalah modal semangat kemerdekaan. Hari ini, Hajah Zuraida Kamaruddin hadir ke Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SJK Tamil Ampang. Majlis ini menjadi bermakna buat pihak sekolah dengan sumbangan RM50 ribu melalui Parlimen Ampang yang disampaikan oleh Hajah Zuraida. Kemudian Hajah Zuraida melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Encik Chiwe Kiew Boon dan Encik Liew Soon Tai yang merupakan mangsa kebakaran… Read More

Berita Ringkas |Ziarah Kasih Finas: Lagenda Mat Sentol & Biduanita Zaleha Hamid Disantuni

9 Ogos 2020 Program ziarah kasih FINAS Prihatin ke Johor yang diketuai oleh Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid melawat seniman legenda Mat Sentol (berumur 91 tahun) dan biduanita Zaleha Hamid, yang terlantar uzur kerana angin ahmar. Turut serta program ini adalah pihak MAPIM, GISB Holdings dan PKN Johor #KitaJagaKita #FINASPrihatin _PPI