Bakti Sosial | Masyarakat Hargai Jualan Amal

Sudah masuk siri keempat Program Jualan Amal Keperluan Asas dijalankan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang. Ia menggembirakan orang ramai khusus dalam mendapatkan ikan-ikan segar dalam program tersebut dengan harga berpatutan. Mungkin ini program yang tidak popular untuk rating isu semasa tetapi bakti sosial yang digerakkan oleh pejabat Parlimen Ampang ini mendapat reaksi positif masyarakat setempat. Hakikatnya, orang awam lebih suka dan senang hati dengan jualan amal sebegini. Manfaat lebih kepada rakyat dan secara langsung pemimpin seperti YBM Hajah Zuraida Kamaruddin lebih dihargai atas keperihatinan terhadap masyarakat. _PPI

Wilayah Cakna| Surau Darussalam Dapat Peruntukan RM20 Ribu

Langkah kanan buat penduduk Perumahan Awam Sri Tioman 1 di Kuala Lumpur apabila sejumlah peruntukan RM20,000 untuk Surau Darussalam diluluskan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBTM Dato Seri Dr Edmund Santara. Ia suatu manfaat buat penduduk-penduduk perumahan ini yang bakal menikmati hasil penambahbaikan kemudahan melalui peruntukan tersebut. _PPI

Bakti Sosial

Penggerak Komuniti Negara Petra Jaya di Sarawak mengadakan Program Baju Terpakai untuk orang awam menyumbang dan diedarkan kepada komuniti setempat yang memerlukan. Ini suatu usaha yang positif untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bakti sosial. Jika di negara maju seperti Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, bakti sosial begini sering dijalankan bagi mendekatkan masyarakat kepada hal-hal kebajikan sosial. Secara langsung akan membantu golongan yang tak berkemampuan. Ada orang yang tak cukup kemampuan untuk membeli pakaian baru kerana kekangan pendapatan yang cukup-cukup makan. Usaha bakti sosial begini sesuai dengan matlamat Dasar Komuniti Negara yang mahu… Read More

Memuliakan Jasa & Pengorbanan

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tiada (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” Surah Yunus, ayat 26.….Ada insan lain yang menyerahkan jiwa dan semangat bagi menjalankan amanah sebagai pengorbanan bakti kepada masyarakat. Pengorbanan mulia mereka mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri demi tugasan. Hari ini YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM218,989.50 kepada waris Pegawai Bomba Baharuddin bin Supian yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas… Read More