“Demi Manfaat Rakyat Malaysia” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans Mampu Guna

Lama tak dengar cerita mengenai komposer dan penyanyi rap, Altimet bukan ? Namun siapa sangka dalam diam-diam Altimet sebenarnya sibuk dengan satu projek amal hariah iaitu mengubah suai vannya menjadi ambulans mampu milik untuk rakyat Malaysia. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Altimer berkongsi rasa terujanya kepada orang ramai kerana van jenis Toyota Hiace yang disumbangkannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia sudah hampir siap sepenuhnya. “Hujung minggu lepas, saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia. “Ya, saya tahu satu ambulans saja kami mampu buat, rakyat… Read More

PM: Kerajaan komited sediakan perumahan mampu milik selesa

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited menyediakan perumahan mampu milik selesa kepada golongan B40 dan miskin bandar, terutamanya di kawasan pesat membangun walaupun berdepan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga berhadapan dengan cabaran menjaga kebajikan golongan miskin bandar, terutamanya warga Kuala Lumpur di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta, serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR). “Dalam menyahut cabaran-cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur. “Panduan ini bertujuan… Read More

Yayasan Budi bantu baikpulih prasarana Balai Polis Titi

19 Mac, JELEBU: Yayasan Budi meneruskan program sentuhan masyarakat tempatan Jelebu hari ini di Pekan Titi, Jelebu. NGO yang dinaungi oleh Tan Sri Rais Yatim merangkap Yang Dipertua Dewan Negara menyantuni masyarakat Cina di Pekan Titi melalui program santai minum petang. Tan Sri Rais Yatim turut hadir meluangkan masa bersama masyarakat tempatan petang ini. Kesempatan program hari ini juga, beberapa sumbangan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah disampaikan oleh Rais bersama beberapa wakil Yayasan Budi. Sumbangan kepada murid-murid cemerlang di Titi turut disampaikan. Antara wakil-wakil masyarakat setempat yang hadir adalah Tang Jayson,… Read More

Menteri KKMM lancar E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota

13 Mac, KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah pagi ini telah melancarkan program E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota. Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Atabara, Indera Mahkota, Kuantan. E-Tuisyen merupakan suatu inisiatif kelas pembelajaran tuisyen secara maya seiring dengan norma baru melalui usahasama Pejabat Parlimen Indera Mahkota dan MSD Innovation Sdn Bhd. Saifuddin berinteraksi dengan pelajar-pelajar E-Tuisyen secara maya langsung dari pentas pelancaran hari ini. Beliau turut menyampaikan watikah kepada guru-guru E-Tuisyen. Turut hadir ke majlis pelancaran ini adalah Pengerusi MSD Innovation Sdn Bhd, Tan Sri Dr Halim Shafie. _PPI