‘Belaian Sakti’ Bomba Wanita

Tanpa kita perasan dan sedar, sudah ramai wanita yang terlibat dalam perkhidmatan bomba. Baru-baru ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan lawatan kerja ke Perak. Beliau berkesempatan melawat buat pertama kali bertemu dengan anggota Bomba wanita Perak. Peranan Bomba wanita amat penting terutamanya melibatkan sesi kaunseling kepada mangsa trauma kemalangan, melakukan latihan kebakaran khususnya kepada suri rumah serta program kesedaran awam yang lain. YBM Hajah Zuraida berhasrat untuk mempertingkatkan penglibatan wanita menyertai skuad bomba wanita selain mewujudkan pusat latihan wanita bagi perkhidmatan bomba. _PPI

Bakti Sosial | Masyarakat Hargai Jualan Amal

Sudah masuk siri keempat Program Jualan Amal Keperluan Asas dijalankan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang. Ia menggembirakan orang ramai khusus dalam mendapatkan ikan-ikan segar dalam program tersebut dengan harga berpatutan. Mungkin ini program yang tidak popular untuk rating isu semasa tetapi bakti sosial yang digerakkan oleh pejabat Parlimen Ampang ini mendapat reaksi positif masyarakat setempat. Hakikatnya, orang awam lebih suka dan senang hati dengan jualan amal sebegini. Manfaat lebih kepada rakyat dan secara langsung pemimpin seperti YBM Hajah Zuraida Kamaruddin lebih dihargai atas keperihatinan terhadap masyarakat. _PPI

Wilayah Cakna| Surau Darussalam Dapat Peruntukan RM20 Ribu

Langkah kanan buat penduduk Perumahan Awam Sri Tioman 1 di Kuala Lumpur apabila sejumlah peruntukan RM20,000 untuk Surau Darussalam diluluskan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBTM Dato Seri Dr Edmund Santara. Ia suatu manfaat buat penduduk-penduduk perumahan ini yang bakal menikmati hasil penambahbaikan kemudahan melalui peruntukan tersebut. _PPI

Bakti Sosial

Penggerak Komuniti Negara Petra Jaya di Sarawak mengadakan Program Baju Terpakai untuk orang awam menyumbang dan diedarkan kepada komuniti setempat yang memerlukan. Ini suatu usaha yang positif untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bakti sosial. Jika di negara maju seperti Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, bakti sosial begini sering dijalankan bagi mendekatkan masyarakat kepada hal-hal kebajikan sosial. Secara langsung akan membantu golongan yang tak berkemampuan. Ada orang yang tak cukup kemampuan untuk membeli pakaian baru kerana kekangan pendapatan yang cukup-cukup makan. Usaha bakti sosial begini sesuai dengan matlamat Dasar Komuniti Negara yang mahu… Read More