PeKT Kuala Selangor hulur sumbangan mangsa ribut

10 Mac, BUKIT MELAWATI: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor hari ini telah menghulurkan sumbangan keperluan dapur dan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Taman Kamasan, Bukit Melawati. Sumbangan keperluan tersebut telah disampaikan oleh team Penyelaras PKN Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo kepada mangsa tiga buah rumah yang rosak akibat ribut. Shooba yang juga PeKT Kuala Selangor turut turun melawat dan melihat kesan kerosakan tiga rumah yang terjejas tersebut. _PPI

Saifuddin ziarah tapak bersejarah Tok Mengkarak

10 Mac, BERA: Ibarat sirih pulang ke gagang, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah menziarahi tapak bersejarah Makam Tok Mengkarak di Kampung Mengkarak, Bera sebelum meneruskan Jelajah Malaysia Prihatin Negeri Pahang ke Daerah Bera. Kampung Mengkarak juga adalah kampung asal arwah datuk beliau. Saifuddin turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tahfiz Pondok Masjid Tok Mengkarak. Makam Tok Mengkarak merupakan tapak bersejarah yang penting di kawasan tersebut. Tok Mengkarak atau nama sebenarnya Imam Nur Qadim bin Dzul Bayan adalah tokoh ulama sufi yang telah membuka Kampung Mengkarak. Mengikut catatan sejarah kajian… Read More

Penggerak Port Dickson bantu murid yatim dan miskin SK Pasir Panjang

9 Mac, PORT DICKSON: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini meneruskan program prihatin masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. 400 Pelitup Muka Guna Semula (reusable face masks) telah disumbangkan kepada pelajar dan guru SK Pasir Panjang diketuai oleh Rosman Jonet, Pengerusi Penggerak Port Dickson bersama Azniza Abdul Wahab, PeKT MPPD. Sumbangan telah diserahkan kepada GPK, HEP sekolah tersebut, Anuar Kamarudin dan turut dihadiri GPK, KOKU SK Pasir Panjang, Salina Hamdan. Rosman juga turut menyumbang wang saku kepada 10 murid yatim dan miskin di SK Pasir Panjang. Sumbangan dan… Read More

KPKT bantu ahli YAKEB miliki kediaman sendiri

PUTRAJAYA: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalin kerjasama bagi membantu bekas atlet yang layak untuk memiliki kediaman sendiri. Menerusi kerjasama ini, ia bakal membantu melancarkan lagi proses permohonan mendapatkan kediaman dalam kalangan bekas atlet yang berdaftar dengan YAKEB membabitkan program KPKT seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. “Sebagai contoh, (projek) perumahan yang kita buat, satu peratus daripada rumah itu kita sudah agihkan untuk OKU (orang kurang upaya). Jadi sekiranya ada atlet OKU, kita akan berikan peluang dan ini saya ingat bukan satu masalah…. Read More