Intipati perutusan PM mengenai situasi semasa COVID-19

📌 COVID-19: Hampir 11,000 anggota polis dikuarantin sehingga kini – PM Muhyiddin 📌 Belanjawan 2021: Ketepikan perbezaan politik, utamakan kepentingan rakyat – PM Muhyiddin 📌 Bajet 2021: Kerajaan akan umum inisiatif ringankan beban ditanggung rakyat hadapi situasi sukar – PM Muhyiddin 📌 COVID-19: Banyak kekangan untuk gubal SOP pilihan raya yang benar-benar berkesan – PM Muhyiddin 📌 PRK Parlimen Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak dapat dielakan – PM Muhyiddin

Era gelap industri muzik, kesan wabak Covid-19

Industri muzik Malaysia pernah digemparkan dengan isu ‘Black Metal’ yang melanda negara ini penghujung tahun 2001 dulu, kesan laporan akhbar arus perdana yang tercetus pada 27 Julai 2001. Akibatnya, banyak acara muzik rock dan muzik berat indie (bebas) menerima kesan paling teruk kerana dibatalkan atas faktor keselamatan dan arahan pihak berkuasa. Paling terjejas adalah penggiat-penggiat seni muzik keras khususnya pemuzik muzik metal. Namun selepas peristiwa 911 iaitu serangan pengganas ke atas World Trade Center di New York (11 September 2001) isu ‘black metal’ lenyap seketika. Penggiat-penggiat seni muzik metal tanahair kembali bernafas… Read More

Perikatan Nasional Ampang santuni masyarakat, edar makanan percuma

29 Oktober, Ampang: Perikatan Nasional Ampang menggerakkan kerjasama melalui program sumbangan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul. Selepas gabungan politik ini dibentuk dan diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, keterlibatan rasmi Perikatan Nasional buat pertama kali adalah semasa PRN Sabah lepas. Hari ini, Perikatan Nasional Ampang dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Ampang telah menyantuni masyarakat awam di Parlimen Ampang melalui edaran makanan percuma. Edaran makanan tersebut pagi ini telah berlangsung di Taman Cahaya, Medan Bukit Indah, Kampung Melayu Ampang, Flat PKNS Tasek Tambahan dan Taman Sri Ampang.

Komuniti |PeKT Ampang hulur sumbangan makanan percuma

29 Oktober, Ampang: Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Penggerak Komuniti Tempatan Parlimen Ampang yang diketuai oleh Yenti Sofia telah menghulurkan sumbangan makanan percuma kepada penduduk-penduduk kawasan sekitar Parlimen Ampang. Program ini juga dibantu oleh jawatankuasa Penggerak Ampang yang bermula seawal jam 10 pagi. Jawatankuasa Penggerak Ampang turut sama terlibat menyediakan pek-pek makanan percuma untuk program ini.