Penggerak Port Dickson bantu murid yatim dan miskin SK Pasir Panjang

9 Mac, PORT DICKSON: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini meneruskan program prihatin masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. 400 Pelitup Muka Guna Semula (reusable face masks) telah disumbangkan kepada pelajar dan guru SK Pasir Panjang diketuai oleh Rosman Jonet, Pengerusi Penggerak Port Dickson bersama Azniza Abdul Wahab, PeKT MPPD. Sumbangan telah diserahkan kepada GPK, HEP sekolah tersebut, Anuar Kamarudin dan turut dihadiri GPK, KOKU SK Pasir Panjang, Salina Hamdan. Rosman juga turut menyumbang wang saku kepada 10 murid yatim dan miskin di SK Pasir Panjang. Sumbangan dan… Read More

KPKT bantu ahli YAKEB miliki kediaman sendiri

PUTRAJAYA: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalin kerjasama bagi membantu bekas atlet yang layak untuk memiliki kediaman sendiri. Menerusi kerjasama ini, ia bakal membantu melancarkan lagi proses permohonan mendapatkan kediaman dalam kalangan bekas atlet yang berdaftar dengan YAKEB membabitkan program KPKT seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. “Sebagai contoh, (projek) perumahan yang kita buat, satu peratus daripada rumah itu kita sudah agihkan untuk OKU (orang kurang upaya). Jadi sekiranya ada atlet OKU, kita akan berikan peluang dan ini saya ingat bukan satu masalah…. Read More

Kembali ke sekolah: Penggerak Port Dickson anjur gunting rambut percuma

28 Februari, LINGGI: Hari ini Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson telah menganjurkan Program Gunting Rambut Secara Percuma sempena pembukaan semula sesi sekolah bermula pada 1 Mac dan 8 Mac ini. Program berlangsung di perkarangan Pejabat PKN Port Dickson, Pekan Linggi bermula dari jam 11.00 Pagi sehingga 2.00 Petang. Seramai 30 murid dan pelajar di kawasan Linggi ini tidak melepaskan peluang untuk bergunting rambut secara percuma. Menurut Pengerusi PKN Port Dickson Rosman Jonet, program ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban masyarakat setempat. _PPI

Kelab Sukan Bomba Kuantan terima RM10K, tambahbaik kemudahan sukan

20 Februari, KUANTAN: Kelab Sukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan telah menerima sumbangan sejumlah RM10 ribu yang diluluskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Peruntukan tersebut bertujuan membantu Bomba Kuantan mempertingkatkan aktiviti kesukanan dan menambahbaik kemudahan sukan di balai tersebut. Datuk Zuraida juga berharap dengan ‘suntikan’ ini, prestasi kerja dan aktiviti kesukanan anggota-anggota bomba dapat dipertingkatkan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat._PPI