England, Scotland longgar sekatan perjalanan

LONDON: England dan Scotland membuat keputusan melonggarkan sekatan perjalanan sekali gus memudahkan kemasukan individu yang lengkap divaksinasi ke negara terbabit. Pegawai kerajaan berkata, kelonggaran itu dilaksanakan akibat kegelisahan orang awam dan industri pelancongan terhadap pelbagai sekatan yang dibimbangi meningkatkan kos percutian musim panas kepada banyak keluarga. Setiausaha Pengangkutan UK, Grabt Shapps berkata, perubahan peraturan itu bermaksud menjadikan sesuatu sistem menjadi mudah dan lancar. “Kelonggaran peraturan membolehkan lebih ramai orang melancong, bertemu insan disayangi atau menguruskan perniagaan, sekali gus memacu kembali industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Bagaimanapun senarai peraturan ‘merah’ masih dikekalkan,… Read More
Hampir 80% populasi dewasa lengkap vaksin

PETALING JAYA: Sebanyak 77.5% atau 18,135,561 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap satu dos vaksin pula sudah mencecah 92.9% atau 21,861,904 orang. Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 39,923,416 dos. “Mengikut peratusan populasi keseluruhan, sebanyak 66.9% mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. Manakala 55.5% lengkap dos kedua’ katanya. Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan… Read More
Terima hakikat vaksinasi kaedah paling berkesan setakat ini

Dunia masih tidak mampu keluar daripada belenggu COVID-19 walaupun pelbagai langkah pencegahan diambil hampir dua tahun. Daripada kaedah sekatan pergerakan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) hingga pemberian vaksin besar-besaran di seluruh dunia, virus berkenaan semakin bermutasi dengan varian baharu lebih berbahaya. Perkembangan ini menyemarakkan lagi pertembungan antara dua kelompok masyarakat era COVID-19, iaitu golongan antivaksin dan provaksin. Hakikatnya, pandemik bukan fenomena baharu. Sekitar pertengahan kurun ke-14, wabak Black Death tercetus di Asia Tengah berpunca bakteria bawaan tikus. la merebak begitu pantas di Asia, Eropah, Afrika Utara dan beberapa bahagian dunia lain…. Read More
KPDNHEP pastikan peniaga patuh, jual kit RTK ikut harga siling

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memeriksa 204 premis perniagaan di seluruh negeri itu yang menjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19. Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata, sehingga semalam tidak ada peniaga dan pengusaha farmasi yang didapati menjual kit ujian kendiri itu pada harga tidak munasabah. Katanya, golongan berkenaan diberi tempoh seminggu sehingga Ahad ini untuk membuat penyelarasan supaya mengikut harga siling yang ditetapkan iaitu RM19.90 bagi harga runcit maksimum dan RM16.00 untuk harga maksimum borong. “Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Akta… Read More